Nurul Wardah Nazifah Razali, and Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, and Salmah Ahmad, and Maheram Ahmad, (2018) Kombinasi pentafsiran dan penterjemahan dalam Tarjuman Al-Mustafid. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 10 (1). pp. 23-34. ISSN 2229-8924
|
PDF
748kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1157
Abstract
Pada abad ke-17, muncul ramai tokoh Nusantara di Alam Melayu yang bukan sahaja giat berdakwah malah juga aktif dalam menghasilkan karya penulisan. Antara tokoh tersebut ialah Syeikh Abdul Rauf al-Singkili. Terdapat beberapa kajian lepas dijalankan terhadap Tarjuman al-Mustafid, karya Syeikh Abdul Rauf al-Singkili dan terdapat perbezaan serta persamaan pada hasil kajian daripada tiga kajian lepas yang dirujuk. Bertitik tolak daripada perbezaan dan persamaan hasil kajian tersebut, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kaedah terjemahan yang digunakan dalam Tarjuman al-Mustafid dan menentukan sama ada karya ini adalah karya tafsiran atau terjemahan. Kajian ini adalah bersifat kualitatif dan menggunakan Tarjuman al-Mustafid sebagai korpus kajian Kaedah analisis kandungan digunakan dalam mengumpulkan data. Data-data tersebut dianalisis secara komparatif dan deskriptif. Kajian mendapati bahawa terjemahan Tarjuman al-Mustafid bersesuaian dengan beberapa kaedah terjemahan iaitu kaedah terjemahan harfiah dan semantik. Selain itu, Tarjuman al-Mustafid adalah karya kombinasi pentafsiran dan penterjemahan yang dihasilkan dengan merujuk beberapa buah kitab tafsir.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Tarjuman al-Mustafid; Karya tafsir; Kaedah terjemahan |
Journal: | Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies |
ID Code: | 17694 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 23 Nov 2021 06:26 |
Last Modified: | 27 Nov 2021 03:13 |
Repository Staff Only: item control page