Konflik politik semasa pemerintahan ‘Ali ibn Abi Talib

Nurul Abrar Md. Isa, and Ermy Azziaty Rozali, (2018) Konflik politik semasa pemerintahan ‘Ali ibn Abi Talib. Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat, 10 (1). pp. 60-73. ISSN 2229-8924

[img]
Preview
PDF
652kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ijwas/issue/view/1157

Abstract

Pemerintahan ‘Ali ibn Abi Talib sebagai Khulafa’ al-Rasyidin yang keempat mempunyai signifikan yang tersendiri terhadap perkembangan Islam di dunia. Namun begitu, fasa pentadbiran beliau dipenuhi dengan konflik dan cabaran politik yang pelbagai sehingga mencetuskan fenomena politik yang fundamental dalam catatan sejarah. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji akar konflik dalam konteks politik yang berlaku antara ‘Ali ibn Abi Talib dan semua pihak yang terlibat serta keupayaan dan kebijaksanaan beliau dalam mendepani masalah-masalah tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berteraskan kajian sejarah dan dianalisis menerusi pendekatan deskriptif dan tematik. Analisis kajian membuktikan bahawa akar konflik yang berlaku antara ‘Ali ibn Abi Talib dan rakyatnya adalah berpunca daripada isu pembunuhan ‘Uthman ibn al-‘Affan serta Peristiwa Tahkim antara ‘Ali ibn Abi Talib dan Mu‘awiyah ibn Abi Sufyan yang kemudiannya mencetuskan salah faham dan perbalahan dalam kalangan rakyat.

Item Type:Article
Keywords:Konflik; Politik; Pemerintahan; ‘Ali ibn Abi Talib
Journal:Jurnal Antarabangsa Kajian Asia Barat ; International Journal of West Asian Studies
ID Code:17697
Deposited By: ms aida -
Deposited On:23 Nov 2021 06:38
Last Modified:27 Nov 2021 03:17

Repository Staff Only: item control page