Sejarah diat dan aqilah serta pelaksanaannya pada masa kini

Siti Aisyah Samudin, (2021) Sejarah diat dan aqilah serta pelaksanaannya pada masa kini. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (2). pp. 69-80. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
321kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1435

Abstract

Pemberian ganti rugi sivil dari sudut pelaksanaan dan rujukan perundangan belum menjamin perlindungan ke atas mangsa secara menyeluruh. Penetapan kuantum ganti rugi adalah rumit dan tidak tetap kerana pembuktiannya banyak bergantung kepada unsur jangkaan dan tertakluk kepada keputusan kes-kes terdahulu. Hal ini berbeza dengan penetapan ganti rugi dalam Islam yang dikenali sebagai diat. Diat merpakan medium yang digunakan bagi menetapkan kadar ganti rugi dalam kes kecederaan dan kematian. Diat boleh diklasifikasikan kepada dua bahagian iaitu sebagai hukuman gantian dalam hal hukuman qiṣāṣ yang diberi kemaafan ataupun diat sebagai hukuman asal iaitu dalam situasi perbuatan salah yang dilakukan secara cuai. Aqilah pula merupakan pihak atau institusi yang terlibat dan bertanggungjawab untuk mengeluarkan harta bagi membayar ganti rugi diat kepada mangsa. Diat telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam kemudian diterima pakai dengan petunjuk al-Quran dan hadis. Kajian ini bertujuan menelusuri sejarah diat dari zaman sebelum Islam, dan perubahannya selepas kedatangan Islam serta aplikasi pemakaiannya pada masa kini. Rujukan utama diambil berdasarkan sumber-sumber primer perundangan Islam iaitu al-Quran dan Hadis. Fakta Sirah diambil berdasarkan pengumpulan dokumentasi bagi mendapatkan tafsiran dan aplikasi diat semasa dengan yang dilaksanakan pada hari ini dengan mengambil contoh kerugian akibat kemalangan jalan raya. Kajian mendapati, pemakaian diat dan aqilah masih relevan untuk dilaksanakan dengan bantuan dana daripada syarikat takaful. Diat yang mempnyai kadar ganti rugi tetap amat membantu pihak aqilah dalam usaha melunaskan pampasan sekaligus memastikan keadilan sewajarnya diberikan kepada mangsa yang terlibat.

Item Type:Article
Keywords:Diat; Aqilah; Ganti rugi; Kemalangan jalan raya; Takaful
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17707
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Nov 2021 06:44
Last Modified:28 Nov 2021 08:10

Repository Staff Only: item control page