Takyif fiqhi terhadap konsep spekulasi

Nor Fahimah Mohd Razif, and Noor Sakinah Samsulkamal, and Ridzwan Ahmad, (2021) Takyif fiqhi terhadap konsep spekulasi. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 43 (2). pp. 81-92. ISSN 0216-5636

[img]
Preview
PDF
357kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/islamiyyat/issue/view/1435

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan melihat perbezaan pandangan berhubung hukum spekulasi dalam pasaran kewangan dan kedudukannya menurut perspektif Islam. Idea ini timbul ekoran daripada ketidaksepakatan dalam kalangan sarjana Islam bagi menentukan hujah dan adaptasi perundangan Islam (takyīf fiqhi) terhadap konsep spekulasi yang sering dikaitkan dengan dua istilah lain yang digunakan dalam konteks kewangan iaitu pelaburan dan perjudian. Rentetan daripada itu, para sarjana berbeza dalam menentukan hukum spekulasi. Tambahan pula, spekulasi merupakan istilah baru yang wujud pada zaman moden. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji status spekulasi menurut perspektif fiqh. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian yang berbentuk kualitatif ini menggunakan pendekatan takyīf fiqhi dalam melakukan analisis data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat lima takyīf fiqhi yang dicadangkan oleh para sarjana, iaitu pelaburan, al-gharar, al-maysir, al-najash, dan al-bayʻ. Kesamaran terhadap takyīf fiqhi yang telah digunakan memerlukan penyelidikan kerana hakikat spekulasi adalah berbeza berdasarkan instrumen kewangan yang terlibat. Walau bagaimanapun, kajian ini hanya memfokuskan analisis takyīf fiqhi terhadap definisi spekulasi yang diberikan oleh sarjana secara umum tanpa memperincikan bentuk-bentuk spekulasi yang terlibat dalam setiap jenis instrumen kewangan seperti harta tanah, saham, dan derivatif. Hasil kajian mendapati spekulasi secara umumnya mempunyai konsep tersendiri yang tidak boleh disamakan dengan konsep jual beli (al-bay’), pelaburan, perjudian (al-maysir), al-gharar mahupun al-najash.

Item Type:Article
Keywords:Spekulasi; Perjudian; Pelaburan; Hukum Syariah; Takyif fiqhi
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:17708
Deposited By: ms aida -
Deposited On:24 Nov 2021 06:54
Last Modified:28 Nov 2021 08:11

Repository Staff Only: item control page