Etiket bahasa dalam perutusan khas COVID-19

Rohaidah Mashudi, and Hawa Rahmat, and Mohd Izwardi Mohd Yusoff, and Isma Suhaila Ismail, and J Sham Wahid, (2021) Etiket bahasa dalam perutusan khas COVID-19. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (4(SI)). pp. 59-77. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
393kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1405

Abstract

Masyarakat harmoni menitik beratkan elemen etiket bahasa sebagai peraturan sosial untuk mengekalkan perpaduan. Etiket bahasa dalam suatu masyarakat dilihat mempunyai beberapa elemen yang menjadi ikutan dan amalan dalam masyarakat tersebut. Ini kerana elemen dalam etiket bahasa adalah merupakan elemen yang mempunyai perkaitan dengan elemen budaya suatu masyarakat. Pelanggaran etiket bahasa hanya memberi kesan dan pandangan buruk kepada masyarakat. Ini kerana masyarakat hari ini banyak melakukan perlanggaran tersebut yang menjadikan suatu peristiwa bahasa tersebut tercemar. Justeru, suatu masyarakat itu perlu memberi tunjuk ajar penggunaan etiket bahasa kepada komunitinya pada peringkat awal usia lagi. Bahkan dengan mewarisi dan mewariskan peraturan sosial ini dapat membentuk keperibadian yang menjadi cerminan individu tertentu. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif iaitu dengan melihat penggunaan bahasa dalam lapangan. Dalam kajian ini, tumpuan diberikan terhadap ungkapan yang mempunyai elemen etiket bahasa dalam teks wacana sempurna daripada Perutusan Khas Covid-19 oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin. Terdapat enam teks wacana sempurna perutusan Covid-19 yang merupakan data utama dalam kajian ini. Manakala analisis data dalam kajian ini dilakukan dengan mengikut pendekatan Asmah Omar (2010). Penelitian dan huraian dilakukan daripada elemen etiket bahasa yang terdapat dalam setiap struktur peristiwa bahasa ini iaitu pada bahagian pembuka, perjalanan peristiwa, dan penutup. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti elemen etiket bahasa dan menghuraikan elemen etiket bahasa berdasarkan ungkapan yang diujarkan oleh pemeran. Berdasarkan kajian didapati bahawa elemen etiket bahasa diujarkan mengikut kesesuaian situasi dan mengikut peraturan sosial dalam masyarakat negara ini.

Item Type:Article
Keywords:Etiket bahasa; Peraturan sosial; Budaya; Teks wacana; Peristiwa bahasa
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17720
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2021 01:04
Last Modified:17 Dec 2021 03:02

Repository Staff Only: item control page