Kajian kontrastif terhadap persamaan implikatur ayat perintah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu

Fauzi Azmi, and Saiful Johari Musahar, and Janudin Sardi, and Muhamad Zaidi Zakaria, (2021) Kajian kontrastif terhadap persamaan implikatur ayat perintah dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (4(SI)). pp. 104-117. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
371kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1405

Abstract

Sumbangan kajian linguistik kontrastif sangat besar dan penting dalam pengajaran bahasa asing. Kajian kontrastif ialah mengintegrasikan antara dua atau lebih bahasa yang berlainan rumpun. Fokus kajian ialah kepada aspek persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa tersebut. .Kajian linguistik kontrastif diperkenalkan kepada para pelajar yang mempelajari bahasa asing bagi tujuan hasil pembelajaran yang lebih efektif, efesien, mudah dan menarik. Kajian ini menyentuh salah satu topik kontras antara bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM), iaitu persamaan implikatur ayat perintah. Implikatur ialah suatu bentuk pentafsiran makna yang melangkaui makna tersurat dalam sesebuah ayat. Objektif kajian ini untuk mengenalpasti persamaan implikatur gaya bahasa perintah dalam kedua-dua bahasa ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan analisis kontras berdasarkan teks dalam kedua-dua bahasa. Teori transformasi generatif (TG) dan teori pragmatik diaplikasi dalam menganalisis persamaan ini. Dapatan kajian menjelaskan terdapat 28 makna implisit yang sama dalam bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM). Kajian ini menyumbang kepada suatu penerokaan baharu dalam kajian linguistik bahasa Arab (BA) dan bahasa Melayu (BM). Hasil kajian ini juga boleh membantu para pengajar bahasa asing untuk memahami dan mendalami titik persamaan serta membina kurikulum baharu bagi tujuan mempersembahkan bahan pengajaran yang lebih mudah dan menarik. Para pelajar bahasa asing juga dapat menguasai bahan pengajaran tersebut dengan cepat dan menyeronokkan.

Item Type:Article
Keywords:Kontrastif; Implikatur; Linguistik; Pragmatik; Bahasa Arab; Bahasa Melayu
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17723
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2021 01:30
Last Modified:17 Dec 2021 03:07

Repository Staff Only: item control page