Kesediaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran elektronik bagi subjek hubungan etnik

Roslizawati Taib, and Chew, Wei Wei and Kong, Lee Fong (2021) Kesediaan pelajar terhadap kaedah pembelajaran elektronik bagi subjek hubungan etnik. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (4(SI)). pp. 130-147. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
289kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1405

Abstract

Artikel ini bertujuan mengetahui tahap kesediaan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menggunakan kaedah pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) dalam subjek Hubungan Etnik, termasuklah kuliah rakaman atas talian dengan mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepadanya. Kemajuan teknologi maklumat yang pesat pada abad ini, telah menyebabkan berlakunya peningkatan penggunaan internet dengan fungsinya yang tidak bersempadan dalam pelbagai aspek kehidupan. Dunia pendidikan khususnya pendidikan tinggi mula memperlihatkan perkembangan dalam model-model pembelajaran yang berpaksikan teknologi maklumat. Cabaran yang lebih besar perlu digalas bagi subjek-subjek wajib universiti yang sering dianggap sebagai subjek yang tidak penting. Elemen penolakan sejak awal oleh pelajar bagi subjek seperti Hubungan Etnik, telah turut menyumbang kepada wujudnya ketidaksediaan pelajar-pelajar terhadap anjakan baharu ini. Metod yang digunapakai adalah sumber sekunder melalui kajian kepustakaan seperti buku, jurnal, blog, laman web dan bahan ilmiah lain. Selain itu, data juga diperolehi melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada 132 orang pelajar peringkat Ijazah Sarjana Muda, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap kuliah atas talian bagi subjek Hubungan Etnik yang ditawarkan dalam bentuk e-pembelajaran masih rendah, bukan disebabkan mereka tidak mahir dalam aplikasi teknologi, sebaliknya disebabkan oleh kecenderungan mereka terhadap kuliah secara bersemuka (face to face) yang lebih memudahkan proses interaksi dan komunikasi antara pelajar dan pensyarah. Malah, mereka juga tidak terdorong untuk mengakses kuliah secara elektronik atau alam maya disebabkan oleh kurangnya minat terhadap subjek itu sendiri, meskipun belum mula mempelajari dan mengetahui isi kandungan subjek tersebut secara terperinci.

Item Type:Article
Keywords:Mahasiswa; Teknologi maklumat; Internet; Persepsi; e-pembelajaran
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17725
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2021 01:41
Last Modified:17 Dec 2021 03:09

Repository Staff Only: item control page