Prosedur terjemahan unsur budaya ekologi dalam al-Quran

Ahmad Jalaluddin Al-Islami Moh Shin, and Muhammad Arsyad Abdul Majid, and Norhazlina Husin, (2021) Prosedur terjemahan unsur budaya ekologi dalam al-Quran. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (4(SI)). pp. 148-162. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
362kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1405

Abstract

Penterjemahan merupakan proses mentafsir sesuatu teks dan menghasilkan semula teks tersebut dari bahasa sumber ke bahasa sasaran. Sesuatu teks yang mengandungi unsur-unsur budaya pula memberi cabaran terbesar kepada penterjemah untuk menghasilkan terjemahan yang tepat. Ekologi yang merangkumi flora dan fauna merupakan unsur yang penting dalam sesebuah budaya. Oleh itu, unsur budaya ekologi dalam al-Quran perlu ditafsirkan dengan tepat dan jelas agar maksud sebenar dapat difahami dan dihayati oleh pembaca. Kajian ini membincangkan strategi penterjemahan unsur budaya ekologi yang terdapat dalam al-Quran dan terjemahannya ke bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur budaya ekologi fauna yang terdapat dalam kedua-dua teks dan menganalisis prosedur terjemahan yang digunakan oleh penterjemah untuk menterjemah unsur budaya ekologi fauna tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. Kategori unsur budaya oleh Newmark (1988) dan strategi terjemahan yang dikemukakan oleh Vinay dan Darbelnet (1995) digunakan dalam kajian ini. Sebanyak lapan sampel dipilih secara rawak untuk dianalisis. Kajian ini mendapati unsur budaya ekologi yang terdapat dalam al-Quran dapat diterjemahkan ke bahasa sasaran. Hasil kajian menunjukkan penterjemah menggunakan lima prosedur terjemahan iaitu prosedur literal, pinjaman, transposisi, persamaan dan penyesuaian. Penterjemah juga turut menggabung dua prosedur untuk menterjemahkan unsur budaya ekologi fauna iaitu prosedur literal dengan persamaan dan prosedur literal dengan transposisi. Dapatan kajian menunjukkan pemilihan prosedur tejemahan yang betul dapat membantu penterjemah memberi terjemahan yang tepat di samping dapat mengurangkan kesilapan semasa menterjemah.

Item Type:Article
Keywords:Penterjemahan al-Quran; Budaya ekologi; Strategi penterjemahan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17726
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Dec 2021 01:49
Last Modified:17 Dec 2021 03:10

Repository Staff Only: item control page