Aksesibiliti dan manfaat telefon dalam kalangan gelandangan semasa pandemik Covid-19

Mohd Alif Jasni, and Siti Hajar Abu Bakar Ah, and Noralina Omar, and Norruzeyati Che Mohd Nasir, (2021) Aksesibiliti dan manfaat telefon dalam kalangan gelandangan semasa pandemik Covid-19. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (5). pp. 1-20. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
300kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411

Abstract

Telefon bimbit merupakan peranti teknologi komunikasi mudah alih yang penting bagi setiap individu di dunia pada masa kini. Ia digunakan sebagai alat untuk melaksanakan pelbagai urusan seharian dan perkhidmatan serta untuk mengakses pelbagai maklumat. Kajian ini menumpukan kepada aksesibiliti dan manfaat telefon bimbit dalam kalangan gelandangan sepanjang pandemik Covid-19. Negara luar telah banyak melaporkan manfaat telefon bimbit kepada gelandangan dalam mengakses perkhidmatan dan sokongan sosial. Keperluan ini menjadi lebih signifikan semasa pandemik COVID-19 di mana gelandangan menggunakan telefon bimbit bagi mendapatkan maklumat berkaitan keperluan asasi mereka seperti makanan, pakaian, tempat berteduh dan sebagainya. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 200 orang gelandangan di Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan responden mengakses telefon bimbit untuk pelbagai urusan seharian dan telefon bimbit memberikan pelbagai manfaat kepada mereka sepanjang pandemik Covid-19. Kajian ini memberi implikasi bahawa aksesibiliti kepada telefon bimbit merupakan suatu keperluan kepada golongan gelandangan dalam era pandemik Covid-19 dan mereka yang tidak mendapat akses dikhuatiri akan ketinggalan dari segi maklumat dan perkhidmatan.

Item Type:Article
Keywords:Telefon bimbit; Manfaat; Pandemik Covid-19; Gelandangan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17731
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Dec 2021 07:49
Last Modified:21 Dec 2021 00:18

Repository Staff Only: item control page