Geopolitik negeri Terengganu dalam pra PRU-14, PRU-14 dan pasca PRU-14

Junaidi Awang Besar, (2021) Geopolitik negeri Terengganu dalam pra PRU-14, PRU-14 dan pasca PRU-14. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (5). pp. 91-108. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
359kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411

Abstract

Ketika pra PRU-14, parti politik di Terengganu telah menyatakan keyakinan masing-masing untuk berkuasa berdasarkan isu semasa, prestasi pemerintahan dan kepimpinan. Pada PRU-14, rakyat telah memilih untuk memberi peluang kepada PAS bagi menerajui Kerajaan Negeri Terengganu. Pasca PRU-14 memperlihatkan berlaku pula konflik antara UMNO dengan PAS di negeri tersebut. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis geopolitik Negeri Terengganu pada pra PRU-14, PRU-14 dan pasca PRU-14. Penulisan artikel ini adalah berdasarkan kepada analisis data keputusan PRU 2018, pemerhatian di lapangan dan analisis sumber sekunder seperti artikel jurnal dan kertas persidangan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa geopolitik atau kuasa pemerintahan berdasarkan senario pra PRU-14, PRU-14 dan pasca PRU-14 di Terengganu bergantung kepada pengaruh kekuatan sokongan pengundi kepada parti politik, peranan dan kelantangan suara pimpinan utama dan isu semasa yang berlaku di negeri tersebut. Ketidakstabilan pemimpin Kerajaan BN dan isu-isu tempatan telah membuka ruang kepada PAS untuk memenangi hati rakyat Terengganu dalam PRU-14. Namun penolakan ini dilihat bukan kerana kekuatan PAS tetapi sebaliknya kelemahan BN menangani isu-isu yang timbul dalam masyarakat khususnya di Terengganu. Sementara itu, PH juga tidak dilihat dominan di mana-mana bahagian kecuali di Kemaman dan Kuala Terengganu. Pasca PRU-14 memperlihatkan PAS bekerjasama dengan UMNO sehingga membentuk Muafakat Nasional (MN) atas dasar kerjasama politik Melayu-Islam. Buat pertama kalinya di negeri ini, pembangkang dalam DUN yang bersifat mesra kerajaan. Namun konflik terbuka antara kepimpinan utama UMNO dengan PAS yang berkait dengan soal pembahagian peruntukan pembangunan dan pembahagian kerusi dalam pilihan raya umum akan datang akan menjadi cabaran kepada kedua-dua parti politik tersebut untuk mempertahankan kerjasama politik secara berpanjangan dan konsisten.

Item Type:Article
Keywords:Geopolitik; Konflik; Pemimpin; Rakyat; Kerjasama politik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17737
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Dec 2021 08:12
Last Modified:21 Dec 2021 00:38

Repository Staff Only: item control page