Pembangunan bandar warisan lestari : sorotan empirikal mengunakan kaedah sorotan literatur bersistematik (systematic literature review (SLR))

Mohamad Khairul Anuar Ghazali, and Yazid Saleh, and Hanifah Mahat, (2021) Pembangunan bandar warisan lestari : sorotan empirikal mengunakan kaedah sorotan literatur bersistematik (systematic literature review (SLR)). e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (5). pp. 175-194. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
357kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti tren dan ruang kosong dalam kajian pembangunan bandar warisan lestari dengan menggunakan kaedah SLR. Data yang diperolehi melalui pelbagai kaedah pencarian seperti (1) pencarian yang menyeluruh daripada pengkalan data jurnal utama yang terkemuka iaitu Scopus, Web of Science (WOS), Science Direct dan pengkalan data jurnal sampingan Google Scholar serta My Cite, dan (2) handpicking atau secara manual. Setelah data diperolehi, ia dianalisis melalui proses Systematic Searching Strategies (SSS) digunakan untuk mendapatkan bahan yang tepat dan jitu dengan bidang yang dikaji. Bahan yang diperolehi disaring dengan tiga (3) langkah SSS iaitu (1) identifikasi, (2) saringan dan (3) pengesahan kelayakan. Hasil daripada itu sejumlah 42 bahan berjaya ditemui dan diringkaskan bagi tujuan sorotan. Analisis dilakukan dengan berfokuskan kepada (1) tren penerbitan, (2) tahun diterbitkan, (3) negara tempat kajian dilakukan dan (4) jenis kawasan kajian yang digunakan dalam jangka masa lima (5) tahun kebelakangan ini. Hasil sorotan empirikal menggunakan kaedah ini membolehkan penyelidik meneroka ruang kosong yang ditinggalkan oleh pengkaji lepas berkaitan dengan pembangunan bandar warisan lestari secara menyeluruh dan sistematik.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan lestari; Warisan budaya; Bandar warisan; Sorotan literatur bersistematik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17742
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Dec 2021 08:34
Last Modified:21 Dec 2021 00:43

Repository Staff Only: item control page