Haizum Ruzanna Sahar, and Maizatul Haizan Mahbob, and Wan Amizah Wan Mahmud, (2021) Pengaruh faktor penentu tingkah laku penerimaan e-dagang dalam kalangan usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (5). pp. 195-211. ISSN 1823-884x
|
PDF
258kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411
Abstract
Bersesuaian dengan aspirasi Kerajaan untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia, pelbagai usaha telah diperhebatkan bagi meningkatkan lagi penyertaan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam dunia e-Dagang. Bagaimanapun, penglibatan usahawan PKS menerusi perniagaan atas talian dilihat masih lagi kurang memberansangkan. Kemudahan internet tidak digunakan secara optimum oleh golongan PKS untuk meneroka pasaran baharu melalui perniagaan dan pemasaran digital. Ini membuktikan tingkah laku penerimaan PKS terhadap e-Dagang masih lagi rendah dan tidak seiring dengan aspirasi Kerajaan. Berhasilnya perlaksanaan niat dan tingkah laku sebenar adalah didorong oleh sikap positif, bantuan sokongan sosial serta kawalan tingkah laku yang baik. Dengan bersandarkan Model Pemecahan Teori Tingkah Laku Terancang (DTPB) dan berpandukan pemerhatian empirikal iaitu berdasarkan metodologi kajian perpustakaan, kertas konsep ini menghujahkan kekuatan setiap faktor penentu ini dengan lebih terperinci dalam meramalkan tingkah laku penerimaan. Hasil perbincangan mendapati niat dan tingkah laku sebenar usahawan PKS terhadap e-Dagang adalah didorong oleh faktor sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku yang mana didasari oleh sub faktor kepercayaan persepsi faedah, persepsi mudah guna, keserasian, boleh percaya, pengaruh interpersonal, pengaruh luaran, efikasi diri dan suasana dorong. Justeru itu, diharapkan perbincangan ini akan dapat membantu bidang akademik dan praktis dalam memahami fenomena ini selain dijadikan panduan oleh penggubal dasar untuk mengkaji semula ekosistem dan mekanisme e-Dagang negara agar dapat meluaskan lagi penyertaan golongan PKS.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | e-Dagang; PKS; Faktor penentu; Niat; Tingkah laku |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 17743 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 17 Dec 2021 00:18 |
Last Modified: | 21 Dec 2021 00:44 |
Repository Staff Only: item control page