Persepsi pekerja terhadap sensitiviti gangguan seksual dan hubungannya dengan tingkah laku devian

Abdul Rashid Abdul Aziz, and Nor Hamizah Ab Razak, and Mohd Azrin Mohd Nasir, and Mohamad Isa Amat, and Mohd Zaliridzal Zakaria, (2021) Persepsi pekerja terhadap sensitiviti gangguan seksual dan hubungannya dengan tingkah laku devian. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (5). pp. 212-229. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
326kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411

Abstract

Ketika ini, statistik kes gangguan seksual dan keganasan di Malaysia dilihat sedang mengalami peningkatan yang mendadak. Ia bukan sahaja berlaku di tempat awam, malah boleh berlaku di tempat kerja. Gangguan seksual dalam kalangan pekerja bukanlah isu yang boleh di pandang remeh kerana ianya merupakan isu sosial yang boleh memberi implikasi kepada produktiviti, motivasi dan persekitaran kerja yang berkualiti dan selamat. Justeru, kajian ini bertujuan untuk; a)mengenalpasti persepsi pekerja terhadap sensitiviti gangguan seksual dan hubungannya dengan tingkah laku devian. b)mengkaji perbezaan persepsi pekerja mengikut jenis jantina dan bangsa bagi sensitiviti terhadap gangguan seksual. kajian ini berbentuk tinjauan kuantitatif dengan menggunakan persampelan rawak mudah melibatkan 294 responden. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik adaptasi gangguan seksual daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 2019 dan Skala Delinkuen Junger 1997. Data kajian dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 untuk menganalisis data statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa perempuan lebih sensitif berbanding lelaki terhadap bentuk-bentuk gangguan seksual. Selain itu, dapatan menunjukkan semakin tinggi tingkah laku devian individu, maka semakin rendah tahap sensitivitinya terhadap gangguan seksual.Dari aspek bangsa, kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi gangguan seksual mengikut bangsa yang mungkin dipengaruhi oleh gaya hidup, budaya dan agama. Berdasarkan dapatan kajian, gangguan seksual ini boleh dibendung dengan adanya kesedaran kendiri untuk mengelak kejadian berlaku terhadap diri sendiri. Pihak organisasi juga berperanan dalam mewujudkan faktor pelindung bagi menghalang tingkah laku ini berlaku di tempat kerja dengan menekankan etika kerja profesional dan mewujudkan saluran aduan bagi memelihara kesejahteraan persekitaran tempat kerja serta produktiviti pekerja.

Item Type:Article
Keywords:Gangguan seksual; Pekerja; Tempat kerja; Persepsi; Tingkah laku devian
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17744
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2021 00:25
Last Modified:21 Dec 2021 00:45

Repository Staff Only: item control page