Sokongan sosial dan kesihatan mental dan pengaruhnya terhadap kerentanan penglibatan penagih dadah serta pelencongan sosial dalam kalangan remaja

Wan Shahrazad Wan Sulaiman, and Mohammad Rahim Kamaluddin, and Ezarina Zakaria, and Fauziah Ibrahim, and Nazirah Hassan, and Salina Nen, and Jamiah Manap, and Zainah Ahmad Zamani, and Fatimah Yusooff, (2021) Sokongan sosial dan kesihatan mental dan pengaruhnya terhadap kerentanan penglibatan penagih dadah serta pelencongan sosial dalam kalangan remaja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (5). pp. 244-259. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
287kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411

Abstract

Remaja berhadapan dengan pelbagai cabaran pada masa kini seperti masalah keciciran sekolah, tingkah laku devian, komunikasi dan konflik dengan keluarga serta pendedahan negatif terhadap media sosial. Selain itu, remaja juga dipengaruhi oleh persekitaran keluarga, sekolah dan hubungan dengan rakan sebaya dalam proses perkembangan mereka. Persekitaran dan pengaruh rakan sebaya yang negatif boleh menyebabkan remaja terjerumus dalam penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial. Sehubungan itu, objektif artikel ini adalah untuk: (1) mengenalpasti hubungan di antara sokongan sosial, kesihatan mental umum, kerentanan keterlibatan penagihan dadah dan pelencongan sosial, (2) menguji peranan sokongan sosial dan kesihatan mental umum sebagai peramal terhadap kerentanan keterlibatan penagihan dadah serta (3) menguji peranan sokongan sosial dan kesihatan mental sebagai peramal terhadap pelencongan sosial. Kajian ini menggunakan rekabentuk survei melibatkan pengedaran soal selidik kepada 604 orang responden remaja di kawasan yang dikenalpasti Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mempunyai statistik dadah tinggi. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengukur sokongan sosial, kesihatan mental umum, kerentanan keterlibatan penagihan dadah dan pelencongan sosial. Keputusan menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara sokongan sosial, kesihatan mental umum, kerentanan keterlibatan penagihan dadah dan pelencongan sosial. Sokongan sosial dan kesihatan mental umum juga didapati meramal secara signifikan kerentanan keterlibatan penagihan dadah. Hasil daripada kajian ini memberi implikasi pentingnya meningkatkan faktor pelindung untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja.

Item Type:Article
Keywords:Sokongan sosial; Kesihatan mental umum; Kerentanan; Pelencongan sosial; Penagihan dadah
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17746
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2021 00:35
Last Modified:21 Dec 2021 00:47

Repository Staff Only: item control page