Analisis perbandingan amalan pembentukan integriti polis antara negara Asia Pasifik : satu kajian literatur

Seiful Anuar Abdul Khalid, and Suhana Saad, and Abd. Hair Awang, and Noordeyana Tambi, (2021) Analisis perbandingan amalan pembentukan integriti polis antara negara Asia Pasifik : satu kajian literatur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 18 (5). pp. 300-316. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
322kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ebangi/issue/view/1411

Abstract

Integriti merupakan pegangan nilai moral seseorang individu dan diterjemahkan melalui tingkah laku. Ianya juga sebagai piawaian atau jati diri individu yang berperanan mengawal sikap dalam menjalankan tugasnya dengan baik. Begitu juga, bidang kepolisan dilihat kerjaya penuh cabaran dan sentiasa terdedah dengan salah laku dan pelanggaran integriti. Terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh Polis Diraja Malaysia dalam memperkukuhkan reputasi dan imej integriti kepolisan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pembentukan amalan integriti dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia berbanding negara lain. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam menjalankan penelitian terhadap kandungan penyelidikan para sarjana mengenai integriti polis. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa perbezaan dan persamaan pembentukan amalan integriti polis melibatkan negara seperti Australia, Korea Selatan, China, dan Thailand di wilayah Asia Pasifik. Selain itu, kajian ini turut mengaitkan perbandingan amalan pembentukan integriti dengan teori integriti polis dan menghasilkan sebuah model penambahbaikan amalan integriti polis.

Item Type:Article
Keywords:Amalan integriti; PDRM; Pembentukan integriti; Isu integriti; Asia Pasifik
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:17750
Deposited By: ms aida -
Deposited On:17 Dec 2021 00:51
Last Modified:21 Dec 2021 00:50

Repository Staff Only: item control page