Kajian pelaksanaan protokol DMM PMIPv6 di dalam persekitaran rangkaian dwi-tindanan

Farouk Abd. Jalin, and Nor Effendy Othman, and Rosilah Hassan, and Abdul Hadi Abd Rahman, and Dahlila Putri Dahnil Sikumbang, and Khairul Azmi Abu Bakar, (2018) Kajian pelaksanaan protokol DMM PMIPv6 di dalam persekitaran rangkaian dwi-tindanan. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 7 (1). pp. 29-44. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
580kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Pengurusan mobiliti pada masa kini memainkan peranan yang kritikal terhadap penyampaian perkhidmatan yang lancar dan berkualiti kepada jutaan pengguna di seluruh dunia dan bersifat telus daripada penglibatan pengguna. Keadaan pelaksanaan dan pengenalan transisi semasa tidak begitu memfokuskan pelaksanaan senario mobiliti komunikasi protokol IPv4 ke atas rangkaian berasaskan protokol IPv6. Peningkatan trend terhadap akses secara mudah alih memacu pembangunan pengurusan mobiliti di dalam persekitaran rangkaian dwi-tindanan. Pelaksanaan mobiliti IP membolehkan pengguna akses mudah alih berupaya bergerak dari satu rangkaian ke rangkaian yang lain tanpa menyebabkan gangguan rangkaian yang signifikan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan mobiliti dwi-tindanan sedia ada tidak menyediakan platform yang efisien bagi mengendalikan senario penyerahan yang menyebabkan kualiti akses tidak berada pada tahap optimum. Kajian ini membentangkan pelaksanaan protokol Pengurusan Mobiliti Teragih IPv6 Mobil Proksi (DMM PMIPv6) pada persekitaran rangkaian dwi-tindanan. Protokol ini dibangunkan berdasarkan konsep rangkaian rata di mana penunjuk mobiliti diletakkan berdekatan pengguna atau nod mobil. Agihan satah kawalan dan data infrastruktur di antara entiti yang terletak di pinggir rangkaian akses secara asasnya mengurangkan bebanan pada proses pengisyaratan. Ini seterusnya berupaya meningkatkan prestasi penyerahan. Sehubungan itu kajian ini mengambil inisiatif terhadap seni bina protokol sedia ada bagi pelaksanaan di dalam senario mobiliti dwi-tindanan. Kajian ini mencadangkan pelaksanaan mobiliti dwi-tindanan berasaskan protokol DMM PMIPv6 melalui senario Sokongan Mobiliti Alamat Perumah IPv4 yang membenarkan nod mobil yang berkeupayaan IPv4 dan dwi-tindanan berkomunikasi di dalam rangkaian yang berasaskan IPv6, bagi menyediakan platform pelaksanaan penyerahan yang lebih baik berbanding pelaksanaan kajian sebelum ini. Pengujian protokol DMM PMIPv6 Dwi-Tindanan dilaksanakan menggunakan mekanisme pengujian tapak uji bagi menyiasat kadar prestasi penyerahan. Hasil kajian menunjukkan mekanisme tersebut memberi keputusan prestasi penyerahan yang lebih baik berbanding pelaksanaan kaedah berasaskan PMIPv6 Dwi-Tindanan yang telah dilaksanakan pada kajian yang lalu seterusnya menyediakan platform komunikasi yang lancar kepada pengguna.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan mobiliti teragih; IPv6 mobil proksi; Dwi-tindanan; Tapak uji
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:17753
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2021 01:07
Last Modified:24 Dec 2021 08:33

Repository Staff Only: item control page