Pengukuran prestasi kilang padi berdasarkan model rujukan operasi rantaian bekalan

Muazziss Najmi, and Hazura Mohamed, and Muriati Mukhtar, (2018) Pengukuran prestasi kilang padi berdasarkan model rujukan operasi rantaian bekalan. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 7 (1). pp. 57-69. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
640kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Pengurusan rantaian bekalan atau Supply Chain Management (SCM) telah dibuktikan sebagai inovasi pembuatan untuk memperbaiki persaingan syarikat pada masa sekarang. SCM merangkumi semua aktiviti, bahan-bahan mentah, inventori kerja dalam proses, dan barangan siap dari permulaan hingga penggunaan akhir. SCM ini kerap digunakan dalam pelbagai industri pembuatan dan perkhidmatan seperti industri pengeluaran padi, kerana memberi pelbagai faedah kepada sesebuah syarikat, terutama dari segi mengoptimumkan masa dan ruang. Kilang Padi Sumber Rezeki merupakan sebuah kilang yang beroperasi di Kabupaten Bireun, Aceh, Indonesia, kerap menghadapi masalah dalam proses pengagihan beras, sehingga mengalami kekurangan bekalan, dan juga ketakpastian tentang stok padi. Satu pengukuran petunjuk prestasi perlu dilakukan bagi menentukan faktor keutamaan yang perlu di tambah baik. Oleh itu kajian ini bertujuan mengenal pasti keutamaan faktor rantaian bekalan berasaskan model rujukan operasi rantaian bekalan Supply Chain Operation Reference (SCOR). Model SCOR merangkumi faktor perancangan, faktor sumber, faktor pembuatan, faktor penghantaran, dan faktor pengembalian. Keutamaan faktor tersebut dikenal pasti melalui kaedah proses hierarki analitik yang dikenali dengan Analytical Hierarchy Process (AHP). Data yang diguna diperolehi daripada soal selidik yang diedar kepada pekerja kilang padi, seterusnya dikenal pasti dan ditentukan menjadi sub kriteria oleh pakar yang memiliki pengalaman dalam proses pengilangan padi. Dapatan kajian menunjukkan faktor sumber (0.468 atau 46.8%) merupakan faktor utama yang perlu dipertimbangkan untuk ditambah baik dalam proses pengurusan rantaian bekalan kilang padi, manakala sub kriteria daripada faktor sumber yang perlu dipertimbangkan untuk ditambahbaik ialah keupayaan prestasi pekerja (0.633 atau 63.3%). Kajian ini dibatasi sampai SCOR model tahap 3 sahaja, diperlukan lebih banyak instrumen daripada proses pembuatan kilang untuk mengumpul data bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan rantaian bekalan; Model rujukan operasi rantaian bekalan; Proses hierarki analitik
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:17755
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2021 01:17
Last Modified:24 Dec 2021 08:35

Repository Staff Only: item control page