Analitik data dalam sistem pendidikan Malaysia : membongkar kejayaan Sijil Pelajaran Malaysia dari Ujian Aptitud Sekolah Rendah

Azhar Mohd Khairy, and Afzan Adam, and Mohd Ridzwan Yaakub, (2018) Analitik data dalam sistem pendidikan Malaysia : membongkar kejayaan Sijil Pelajaran Malaysia dari Ujian Aptitud Sekolah Rendah. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 7 (2). pp. 29-45. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
762kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Maklumat kemahiran kognitif murid boleh membantu para guru mengenalpasti kekuatan atau potensi yang ada pada murid bagi merancang strategi pembelajaran. Maklumat ini dikumpul melalui Ujian Aptitud Sekolah Rendah tahun enam (UASR), dimana potensi murid dapat dikesan lima tahun lebih awal sebelum mereka menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malangnya, maklumat yang ada ini tidak dijadikan sebagai salah satu kriteria dalam pelan pembangunan pelajar. Oleh itu, kajian ini dibuat untuk melihat kekuatan hubungan faktor potensi pelajar dalam UASR dengan kejayaan SPM mereka. Melalui visualisasi data, hubungan kuat antara murid berpotensi tinggi dengan kejayaanya dalam SPM boleh dilihat. Sebanyak 71.48% murid bagi kohort pertama yang telah diuji berpotensi tinggi semasa tahun enam pada tahun 2011 serta 73.63% kohort berikutnya pada tahun 2012, telah memperolehi keputusan SPM yang lebih berjaya semasa mendudukinya pada tahun 2016 dan 2017 masing-masing. Analisis lanjut dengan teknik pokok keputusan menunjukkan beberapa faktor lain yang mempengaruhi tahap kejayaan murid dalam SPM, antaranya ialah tahap pencapaian semasa menduduki PT3, gred dalam mata pelajaran Matematik dan Sains, aliran akademik dan faktor tahap pencapaian aliran di sekolah pada tahun sebelumnya.

Item Type:Article
Keywords:Analitik data; Pokok keputusan; Ujian Aptitud; SPM
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:17763
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2021 02:13
Last Modified:24 Dec 2021 08:46

Repository Staff Only: item control page