Kajian penerimaan teknologi masyarakat warga emas luar bandar di mukim Beranang, Selangor

Ely Salwana Mat Surin, and Nazlena Mohamad Ali, and Norshita Mat Nayan, and Rabiah Abd Kadir, and Khadijah Alavi, (2018) Kajian penerimaan teknologi masyarakat warga emas luar bandar di mukim Beranang, Selangor. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 7 (2). pp. 47-59. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
447kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan harian masyarakat. Pelbagai cabaran penggunaan teknologi seperti masalah penguasaan penggunaan teknologi akan memberi kesan terhadap komunikasi digital. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk memahami penerimaan teknologi dan isu yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar yang merangkumi warga emas dalam persekitaran teknologi masa kini. Soal selidik diguna untuk mendapatkan maklumat berkaitan penerimaan dan permasalahan teknologi masyarakat luar bandar termasuk warga emas luar bandar Mukim Beranang. Jumlah reponden luar bandar keseluruhan adalah seramai 100 orang dan 45 orang daripada mereka dikategorikan sebagai warga emas berumur 55 tahun dan ke atas. Kajian mendapati tahap penggunaan teknologi masih rendah dikalangan warga emas walaupun sebanyak 64.4% dikalangan mereka mempunyai telefon pintar dan telefon bimbit. Hasil kajian ini menunjukkan punca utama yang menghalang penggunaan teknologi di kalangan warga emas adalah masalah penglihatan, masalah memahami teknologi dan masalah pergerakan (geletar, nyeri pada sendi). Kajian rintis ini telah membuka ruang penyelidikan untuk melihat apakah langkah dan peluang untuk meningkatkan dan memperluaskan pembangunan teknologi di kalangan warga emas pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Masyarakat luar bandar; Warga emas; Penerimaan; Teknologi; ICT
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:17764
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2021 02:59
Last Modified:24 Dec 2021 08:47

Repository Staff Only: item control page