Kerangka tadbir urus keselamatan maklumat sektor awam di Malaysia

Amri Jamil, and Zawiyah M. Yusof, (2018) Kerangka tadbir urus keselamatan maklumat sektor awam di Malaysia. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 7 (2). pp. 85-98. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
725kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Maklumat merupakan salah satu aset penting dalam organisasi selain daripada pekerja dan aset fizikal. Maklumat perlu dilindungi supaya tidak terjatuh atau terdedah kepada individu yang tidak diberi hak untuk mengetahui dan memiliki maklumat tersebut terutamanya pesaing dan pengintip. Kajian terdahulu mendapati, Tadbir Urus Keselamatan Maklumat (TUKM) terbahagi kepada dua iaitu keselamatan yang bersifat teknikal hasil daripada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan keselamatan maklumat yang bukan bersifat teknikal. Pelaksanaan TUKM dalam sektor awam di Malaysia menjurus kepada melindungi maklumat dari aspek teknikal sahaja tanpa memberi keutamaan yang sewajarnya kepada isu keselamatan maklumat yang bukan bersifat teknikal khususnya dari aspek kandungan. Analisis data mendapati sektor awam tidak mempunyai garis panduan tentang TUKM dalam satu bentuk dokumen tunggal dan bersepadu sehingga menyukar pelaksanaan inisiatif tersebut. Kajian ini menganalisis dasar TUKM agensi sektor awam Malaysia dengan objektif untuk membangun kerangka TUKM yang menyeluruh. Pendekatan kualitatif dipilih dengan teknik analisis kandungan dokumen dan temu bual bersama pegawai kanan sektor awam. Analisis data mendapati sektor awam mempunyai kerangka TUKM dan aspek keselamatan maklumat diberi perhatian bagi melindungi maklumat penting kerajaan. Namun kerangka TUKM tersebut didapati wujud dalam beberapa dokumen yang berasingan dengan mengguna pendekatan tadbir urus yang berbeza-beza di antara setiap satu daripadanya.

Item Type:Article
Keywords:Keselamatan maklumat; Tadbir urus keselamatan maklumat; Kerangka tadbir urus keselamatan maklumat; Sektor awam Malaysia
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:17767
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2021 03:11
Last Modified:24 Dec 2021 08:50

Repository Staff Only: item control page