Satu pendekatan pengurusan risiko dalam pembangunan sistem amaran awal : kajian kes di Tasik Chini

Siti Narimah Jamali, and Mohamad Shanudin Zakaria, and Siti Nabila Jamali, (2018) Satu pendekatan pengurusan risiko dalam pembangunan sistem amaran awal : kajian kes di Tasik Chini. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 7 (2). pp. 115-129. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
952kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Pengurusan Risiko Teknologi Maklumat (PRTM) ialah penggunaan kaedah dalam pengurusan risiko untuk mengurus risiko Teknologi Maklumat (IT) iaitu risiko bisnes berkaitan dengan penggunaan, operasi, penglibatan dan pengaruh IT dalam organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk menangani beberapa isu pelaksanaan PRTM di Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kajian ini membantu PPTC untuk memperbaiki dan meningkatkan kesedaran pengurusan risiko melalui kejayaan penglibatan semua pekerja dalam kegiatan harian dan pembuatan keputusan. Kajian adalah berbentuk tinjauan yang dirancang mengguna kaedah soal selidik dan temu bual. Data dikumpulkan melalui soal selidik dan temu bual bersama kakitangan PPTC, masyarakat Orang Asli dan di lokasi stesen pengawasan sungai. Hasil temu bual mendapati ketiadaan pelan kerja pengurusan risiko dalam PPTC, konsep pengurusan risiko kurang difahami oleh beberapa kakitangan PPTC dan pusat penyelidikan perlu mempromosikan beberapa aspek polisi pengurusan risiko IT seperti membangunkan sistem pengurusan risiko khas atau model khas untuk pendaftaran risiko dan penyimpanan data. Dari sudut positif pula tidak terhad kepada IT semata-mata. Antaranya termasuk minat yang ditunjukkan oleh pengurusan PPTC atas pelaksanaan pengurusan risiko IT sepenuhnya untuk mencapai matlamat pusat penyelidikan. Hasilnya juga digunakan dalam pembangunan prototaip sistem amaran awal kualiti air sebagai amaran awal kepada kakitangan PPTC dan Orang Asli yang tinggal di sekitar Tasik Chini. Kajian bermula dengan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kakitangan PPTC untuk kegunaan sistem pengurusan risiko yang diperoleh daripada temu bual.Kriteria kebolehgunaan sistem pengurusan risiko dan sistem amaran awal yang sesuai dengan kakitangan PPTC dan Orang Asli telah dikenal pasti dan garis panduan bagi pengguna iaitu kebolehgunaan antara muka sistem maklumat direka bentuk.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan risiko; Kualiti air; Pusat penyelidikan; Kebolehgunaan; Sistem amaran awal
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:17769
Deposited By: ms aida -
Deposited On:20 Dec 2021 03:36
Last Modified:24 Dec 2021 08:52

Repository Staff Only: item control page