Sains matematik dan pengurusan (Mathematical sciences and management)

Shaharir Mohamad Zain, (2005) Sains matematik dan pengurusan (Mathematical sciences and management). Journal of Quality Measurement and Analysis, 1 (1). pp. 1-45. ISSN 1823-5670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/~ppsmfst/jqma/index.html

Abstract

Perhubungan tabii, sejarah dan perkembangan kedua-dua bidang ilmu yang biasanya dipisahkan, iaitu matematik dan pengurusan dibicarakan. Saratnya nilai ilmu dalam matematik dan juga dalam sains pengurusan atau matematik pengurusan dibicarakan dengan penilaian kritis terhadap pengoptimuman, matematik kewangan dan pemodelan matematik dalam penilaian prestasi dan pengurusan universiti. Oleh itu perlunya sistem nilai sendiri terlakur dengan tersuratnya dalam matematik dan pengurusan baru ditonjolkan bagi menggantikan nilai-nilai asing dalam prinsip matematik dan pengurusan sekarang, dan oleh itu dalam teorem, teori dan al-Khuwarizmi yang sedia ada. Kewujudan matematik dan pengurusan dalam Tamadun Melayu (Purba atau sebelum Penjajah) mendahului tamaduntamadun sezamannya yang lain, khususnya Eropah, dipaparkan dengan bukti-bukti karya bidang ini di prasasti-prasasti yg menjangkau ke abad sebelum 700M dan manuskripmanuskrip Melayu Islam abad ke-17M. Perbincangan ini mengubah tanggapan terhadap status sains dalam tamadun Melayu. Mandala pengurusan kualitatif yang lebih jelas pergantungannya pada sistem nilai juga dibicarakan. Oleh itu disyorkan supaya pendekatan pengajaran pengurusan dan penggalian prinsip pengurusan yang biasanya berpusatkan Eropah itu dipindahkan supaya berpusatkan Melayu Islam sahaja, manakala tamadun Eropah dan lain itu menjadi unsur perbandingan kita. Ini mengubah paradigma pendidikan dan penyelidikan bidang ini dan serentak dengan itu juga, jika paradigma baru ini dilaksanakan, maka ditunjukkan kegiatan penyelidikan di dalam bidang ini menjanjikan satu program perolehan ilmu matematik dan pengurusan dalam acuan kita sendiri yang mampu menyaingi ilmu-ilmu ini sekarang yang terlampau berpusatkan kepada Eropah itu.

Item Type:Article
Keywords:Matematik pengurusan; pengurusan bermatematik; matematik niaga; pengoptimuman; sejarah matematik; etnomatematik Melayu
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:1777
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:13 Jun 2011 04:01
Last Modified:13 Jun 2011 08:03

Repository Staff Only: item control page