Kesedaran pengguna media sosial terhadap keselamatan siber : kajian kes di kalangan warga German-Malaysian Institute

Zakiah Saizan, and Dalbir Singh, (2018) Kesedaran pengguna media sosial terhadap keselamatan siber : kajian kes di kalangan warga German-Malaysian Institute. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 7 (2-2). pp. 111-127. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
359kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Penggunaan media sosial telah melonjak naik dalam kalangan penduduk negara Malaysia. Antara laman media sosial yang sangat popular adalah Facebook, Youtube, Whatsapp dan Instagram. Kewujudan laman sosial yang bersifat tanpa batasan sempadan ini telah turut sama mengundang peningkatan dalam kadar jenayah siber. Berdasarkan kes-kes yang telah berlaku, kebanyakan kes berlaku akibat kurangnya kesedaran keselamatan siber yang diterapkan kepada pengguna media sosial. Kebanyakan pengguna media sosial tidak mengetahui bahawa jenayah siber seperti buli siber, intipan siber, phishing dan penipuan siber boleh berpunca daripada media sosial. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengukur tahap kesedaran pengguna media sosial keselamatan siber, mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kesedaran pengguna media sosial terhadap keselamatan siber, membangunkan model cadangan berdasarkan faktor yang mempengaruhi tahap kesedaran serta mengesahkan dan memurnikan penambahbaikan terhadap model yang dicadang. Soalan kaji selidik secara dalam talian telah digunakan semasa proses pengumpulan data. Sebanyak 231 pelajar German-Malaysian Institute telah terlibat dalam kaji selidik ini. Data yang didapati melalui kaji selidik dianalisis menggunakan aplikasi statistik SPSS. Dapatan kajian bagi persoalan kajian pertama menunjukkan min purata faktor pengetahuan 3.84, faktor persekitaran 2.86 dan faktor sikap 3.31 yang menunjukkan responden mempunyai tahap kesedaran yang sederhana. Hasil dapatan daripada ujian korelasi menunjukkan ketiga faktor mempunyai korelasi antara satu sama lain. Faktor sikap dan faktor persekitaran korelasinya adalah 0.234 iaitu sederhana lemah, manakala faktor persekitaran dan faktor sikap korelasinya merupakan 0.201 iaitu sederhana lemah dan korelasi antara faktor pengetahuan dan faktor persekitaran iaitu 0.357 iaitu sederhana kuat. Ini menunjukkan setiap faktor mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Hasil kajian yang diperoleh menyumbang dalam perkongsian satu model cadangan yang mengandungi faktor kajian telah dicadangkan iaitu faktor sikap, faktor persekitaran dan faktor pengetahuan. Diharapkan kajian ini memberi manfaat kepada pengguna media sosial dan organisasi dalam merangka strategi yang lebih efektif setelah faktor yang mempengaruhi kesedaran keselamatan siber dikenalpasti selain dapat dirujuk sebagai model dalam mempertingkatkan kesedaran keselamatan siber dan mengurangkan kadar jenayah siber di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Social media in learning; Cyber security awareness; Cyber security; Cybercrime
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:17780
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Dec 2021 02:59
Last Modified:25 Dec 2021 11:48

Repository Staff Only: item control page