Sharifah Rahama Amirul, and Rasid Mail, and Sharifah Milda Amirul, and Jakaria Dasan, (2021) Keberkesanan pengaturan kerja fleksibel : penghibridan pengurusan sumber manusia dan pengurusan perakaunan. Jurnal Pengurusan, 62 . pp. 1-18. ISSN 0127-2713
|
PDF
1MB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1426
Abstract
Sejak beberapa dekad pengaturan kerja fleksibel (PKF) telah menjadi perhatian disebabkan oleh cabaran sosioekonomi, kemajuan teknologi, perniagaan tanpa sempadan dan terkini ialah krisis pandemik yang telah mendesak kebanyakan perniagaan untuk terus beroperasi melalui PKF. Menerusi kajian ini suatu kerangka penyelidikan yang agak baharu diperkenalkan bertujuan untuk mempelopori penyelidikan penghibridan pengurusan sumber manusia (PSM) dan perakaunan pengurusan (PP) agar PKF dapat dirancang dengan lebih berkesan. Kajian ini berdasarkan epistemologi interpretivisme dan pendekatan konstruktivis sosial. Hasil kajian menunjukkan bahawa PSM dan PP adalah dua fungsi perniagaan yang berbeza tetapi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang bersalingan atau bertindih di dalam organisasi. Oleh itu penghibridan strategi antara PSM dan PP dalam merangka pelan pelaksanaan PKF yang lebih efektif dan efisien adalah wajar. Keaslian kajian ini ialah mengembangkan kerangka konseptual strategik antara PSM dan PP dan mengembangkan landasan penyelidikan yang lebih konklusif dan membantu organisasi dalam penyediaan pelan strategik dalam pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Flexible working arrangement; Human resource management; Management accounting |
Journal: | Jurnal Pengurusan |
ID Code: | 17791 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 27 Dec 2021 07:01 |
Last Modified: | 01 Jan 2022 07:17 |
Repository Staff Only: item control page