Peranan penyederhana jarak kuasa terhadap hubungan kepercayaan organisasi dan perilaku mendiamkan diri dan bersuara pekerja

Nazia Abdul Hodi, (2021) Peranan penyederhana jarak kuasa terhadap hubungan kepercayaan organisasi dan perilaku mendiamkan diri dan bersuara pekerja. Jurnal Pengurusan, 62 . pp. 1-17. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1426

Abstract

Kajian lepas mendapati faktor organisasi dan budaya yang diamalkan mempunyai pengaruh terhadap perilaku mendiamkan diri dan bersuara dalam kalangan pekerja. Walau bagaimanapun, kajian berkaitan dengan perilaku dan berdiam diri ini lebih banyak dijalankan di Barat, yang mempunyai dimensi budaya yang berbeza. Justeru, dapatan kajian di Barat mungkin tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya dalam konteks Asia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepercayaan organisasi (percaya terhadap organisasi, percaya terhadap ketua, percaya terhadap penyelia) dengan perilaku mendiamkan diri dan bersuara dalam kalangan pekerja. Turut dikaji ialah dimensi budaya, jarak kuasa sebagai penyederhana untuk hubungan kepercayaan organisasi dan perilaku mendiamkan diri dan bersuara oleh pekerja. Kaedah kuantitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan sebanyak 111 orang responden daripada industri pembuatan yang dianalisa menggunakan IBM SPSS versi 22.0 dan SmartPls 3.0. Hasil kajian mendapati jarak kuasa hanya mengukuhkan hubungan antara kepercayaan organisasi dengan perilaku bersuara serta hubungan percaya terhadap ketua dan penyelia berbanding perilaku mendiamkan diri dalam kalangan pekerja. Oleh itu, penekanan dalam isu kepercayaan organisasi perlulah diberikan perhatian kerana mampu mempengaruhi tingkah laku individu di tempat kerja.

Item Type:Article
Keywords:Jarak kuasa; Perilaku mendiamkan diri; Perilaku bersuara; Percaya terhadap organisasi; Percaya terhadap ketua; Percaya terhadap penyelia
ID Code:17793
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Dec 2021 07:15
Last Modified:01 Jan 2022 07:19

Repository Staff Only: item control page