Wanita dan persekitaran kerja dalam bidang STEM : analisis NVIVO

Nurhamizah Rashid, and Maisarah Mazlan, and Norain Mod Asri, and Norshamliza Chamhuri, and Azrina Abdullah Al-Hadi, and Hazrul Izuan Shahiri, (2021) Wanita dan persekitaran kerja dalam bidang STEM : analisis NVIVO. Jurnal Pengurusan, 62 . pp. 1-15. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1426

Abstract

Kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia terutama terhadap peluang pekerjaan. Walaupun ramai graduan dalam bidang STEM adalah wanita, penyertaan mereka dalam pasaran buruh bidang STEM masih rendah. Justeru, kajian ini dijalakan untuk mengenalpasti jenis persekitaran pekerjaan yang diperlukan oleh wanita agar mereka menceburi bidang STEM. Rentetan itu, kajian ini mengaplikasi kaedah kualitatif iaitu temubual mendalam terhadap responden wanita yang menyertai, kekal dan menerajui STEM. Menerusi analisis NVIVO terhadap transkripsi temubual, dua dapatan diperoleh iaitu wanita menyertai dan kekal dalam bidang STEM dipengaruhi oleh faktor persekitaran kerja psikososial, fizikal dan working condition. Manakala untuk menjadikan mereka menerajui bidang STEM, faktor persekitaran kerja psikososial dan working condition perlu dititikberatkan. Kajian ini mendapati bahawa pihak swasta atau kerajaan perlu memastikan bahawa wanita memperoleh persekitaran kerja yang baik dari segi psikososial, fizikal dan working condition bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang STEM.

Item Type:Article
Keywords:STEM; Wanita; Sertai; Kekal; Ketua; Persekitaran kerja
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:17796
Deposited By: ms aida -
Deposited On:27 Dec 2021 07:39
Last Modified:01 Jan 2022 07:22

Repository Staff Only: item control page