Haan, Teow Yeit and Nor Maizatul Aqilah Mohamad Azman, and Hal Hamid Pakeer Mohamed, and Teoh, Yuan Xin and Nor Azier Mohd Nor, and AL-Rajabi, Maha Mohammad (2021) Pengekstrakan amonia-nitrogen dan ortofosfat daripada efluen kilang sawit dalam bentuk struvit. Jurnal Kejuruteraan, 33 (2). pp. 275-280. ISSN 0128-0198
|
PDF
466kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-332-2021/
Abstract
Amonia-nitrogen (NH3-N) dan ortofosfat (PO4 3-) yang terkandung dalam efluen kilang sawit (POME) akan mengakibatkan ketoksikan kepada hidupan akuatik dan juga menyebabkan sumber air manusia terjejas. Namun, ia dapat digunakan sebagai baja alternatif untuk tumbuh-tumbuhan sedangkan nitrogen dan fosforus merupakan sumber nutrien yang utuma bagi tumbuhan. Kajian ini mengkaji kesan pH dan kesan berat sumber magnesium ke atas keberkesanan pengekstrakkan NH3-N dan PO4 3- daripada POME dalam bentuk struvit (MgNH4PO4•6H2O). Kesan pH terhadap peratus penyingkiran NH3-N dan PO4 3- dari POME dikaji dengan memanipulasikan nilai pH POME dengan menetapkan berat magnesium chloride (MgCl2). Manakala, kajian kesan berat MgCl2 terhadap peratus penyingkiran NH3-N dan PO4 3- dari POME dikaji dengan memanipulasikan berat MgCl2 dengan menetapkan nilai pH POME. Kepekatan NH3-H dan PO4 3− dikenalpastikan dengan menggunakan spektrofotometer dan struvit yang terbentuk dicirikan dengan menggunakan infra-merah transformasi fourier (FTIR). Kajian ini menunjukkan pH merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi proses pengekstrakan NH3-N dan ion PO4 3− dalam bentuk struvit. pH 11.5 merupakan pH optimum untuk mencapai keberkesanan proses pengekstrakkan NH3-N dan PO4 3- daripada POME dalam bentuk struvit yang maxima. Penambahan kuatiti MgCl2 tidak membawa kesan yang besar kepada proses pengekstrakan kerana POME telah mengandungi ion magnesium yang mencukupi untuk proses pengekstrakan. Peratusan penyingkiran NH3-N dan PO4 3− yang tertinggi tercapai pada pH 11.5 dengan penambahan 0.5 g MgCl2, bersamaan dengan 93.72% NH3-N dan 86.15% PO4 3-. Mendakan yang terhasil juga dikenalpasti sebagai struvit melalui analisis FTIR dengan pembuktian kewujudan ikatan O-H, ikatan N-H, dan ikatan P-O.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Efluen kilang sawit (POME); Ammonia-nitrogen; Ortofosfat; Proses pengekstrakan; Struvit |
Journal: | Jurnal Kejuruteraan |
ID Code: | 17810 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 29 Dec 2021 07:32 |
Last Modified: | 02 Jan 2022 07:43 |
Repository Staff Only: item control page