Ramalan pelemahan hujan di Malaysia menggunakan data TRMM

Noor Hidayah Tauhid Ahmad, and Asnor Nadirah Ishak, and Mandeep Singh Jit Singh, (2021) Ramalan pelemahan hujan di Malaysia menggunakan data TRMM. Jurnal Kejuruteraan, 33 (2). pp. 329-341. ISSN 0128-0198

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jkukm/volume-332-2021/

Abstract

Hujan dilihat sebagai penyebab utama yang menyumbang kepada kemerosotan isyarat gelombang elektromagnetik bagi frekuensi melebihi 10GHz melalui proses resapan, dan penyelerakkan sehingga mengakibatkan isyarat menjadi lemah atau pudar. Perkhidmatan penyiaran satelit yang menggunakan frekuensi jalur Ku (12GHz hingga 18GHz) digunakan secara meluas telah menyebabkan kesesakan, maka jalur Ka digunakan untuk memenuhi permintaan pengguna. Namun, kesan pelemahan hujan terhadap jalur Ka adalah lebih tinggi berbanding jalur Ku. Dalam kajian ini, kesan pelemahan hujan bagi isyarat laluan menurun jalur Ka satelit Measat-5 dianalisis bagi melihat kesan pelemahan hujan dengan menggunakan data TRMM 3B42 untuk tempoh sebelas (11) tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2019 bagi empat belas (14) kawasan kajian. Data yang diperolehi seterusnya diproses bagi mendapatkan data hujan berintegrasi 1 minit menggunakan Model Segal bagi setiap kawasan kajian dan ramalan pelemahan hujan dilaksanakan menggunakan model dari ITU-R P.618-13. Hasil kajian ini merumuskan tiga (3) faktor utama yang mempengaruhi nilai pelemahan hujan iaitu nilai pelemahan spesifik, altitud kedudukan stesen penerima dan sudut dongak antena penerima isyarat satelit. Kesan pelemahan hujan terhadap tahap kebolehsediaan isyarat menunjukkan lapan (8) kawasan kajian adalah boleh menerima 99.90% kebolehsediaan isyarat, manakala selebihnya hanya boleh menerima 99.00% kebolehsediaan isyarat perkhidmatan bagi memenuhi keperluan ketidak bolehsediaan ITU. Secara keseluruhannya, nilai pelemahan hujan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil berbanding Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan nilai pelemahan hujan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia adalah menghampiri nilai pelemahan hujan di Sabah dan Sarawak.

Item Type:Article
Keywords:Pelemahan hujan; TRMM; Jalur Ka; Hujan 1-minit
Journal:Jurnal Kejuruteraan
ID Code:17814
Deposited By: ms aida -
Deposited On:29 Dec 2021 07:59
Last Modified:02 Jan 2022 07:59

Repository Staff Only: item control page