Pemakaian bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah syariah di Malaysia

Ahmad Amsyar Ahmad Effendy, and Surendren Arunagiri, (2021) Pemakaian bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah syariah di Malaysia. Current Legal Issues, 3 . pp. 10-15. ISSN 2550-1704

[img]
Preview
PDF
427kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/2021-3-cli/

Abstract

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang utama negara. Bahasa ini turut berperanan sebagai bahasa mahkamah menurut Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti undang-undang bertulis yang memperuntukkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah syariah di negara ini. Pendekatan analitis dan kritis digunakan dengan mengkaji peruntukan undang-undang tempatan di samping beberapa undang-undang luar negara berkenaan perkara yang sama turut dipetik dan diulas bagi tujuan perbandingan. Hasil kajian ini mendapati bahawa undang-undang tersebut jelas menonjolkan peranan bahasa kebangsaan sebagai bahasa mahkamah yang digunakan terutamanya semasa prosiding serta penyediaan dokumen dan notis prosiding. Tuntasnya, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dimartabatkan dan dilindungi menerusi undang-undang bertulis di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Bahasa kebangsaan; Mahkamah syariah; Bahasa mahkamah
Journal:Current Legal Issue
ID Code:17820
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jan 2022 08:23
Last Modified:06 Jan 2022 08:46

Repository Staff Only: item control page