Penerimaan dan penolakan masyarakat bukan Islam di Malaysia terhadap hukum jenayah Islam : perbincangan dari sudut budaya Malaysia

Ahmad Iqbal Azman, and Nurhayati Mohd Zan, and Elavarasi Manokaran, and Zulaikha Solehah Ismail, (2021) Penerimaan dan penolakan masyarakat bukan Islam di Malaysia terhadap hukum jenayah Islam : perbincangan dari sudut budaya Malaysia. Current Legal Issues, 3 . pp. 50-67. ISSN 2550-1704

[img]
Preview
PDF
683kB

Official URL: http://www.ukm.my/cli/2021-3-cli/

Abstract

Undang-Undang Islam sebenarnya sudah lama berakar umbi di Malaysia sejak kedatangan Islam di kepulauan Melayu. Hal ini boleh dilihat dengan kodifikasi perundangan di Kerajaan Kesultanan Melaka yang menggubal Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang berteraskan syariah dan adat. Perkara ini juga diikuti oleh kerajaan kesultanan yang lain seperti Pahang, Johor dan Terengganu. Malah, semasa kedatangan penjajah British, undang-undang Islam diiktiraf sebagai undang-undang di tanah ini. Namun, setelah sekian lama penjajahan oleh dunia Barat, perundangan di negara kita sudah berubah. Malah, selepas kemerdekaan negara kita, perundangan Islam tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan perundangan Islam, terutamanya hukum jenayah Islam di Malaysia kerana sebab-sebab yang tertentu. Artikel ini membincangkan hukum jenayah Islam dari sudut budaya Malaysia. Selain itu, artikel ini juga akan menganalisis penerimaan dan penolakan masyarakat bukan Muslim di Malaysia terhadap hukum jenayah Islam serta menghuraikan cadangan penambahbaikan terhadap hukum jenayah Islam di Malaysia. Pendekatan kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi melaksanakan kajian ini seperti kajian kepustakaan dan soal selidik kepada responden-responden. Dapatan daripada soal selidik yang dilakukan menampakkan keputusan yang pelbagai, ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju. Secara umumnya, penulis berpendapat bahawa memberi penerangan yang lebih menyeluruh dan tidak apologetik akan dapat membantu pemahaman mereka berkenaan dengan hukum jenayah Islam, serta dilakukan dengan berhikmah dan berhemah.

Item Type:Article
Keywords:Hukum jenayah Islam; Masyarakat bukan Islam; Budaya Malaysia; Islam dan undang-undang; Sejarah Malaysia
Journal:Current Legal Issue
ID Code:17825
Deposited By: ms aida -
Deposited On:05 Jan 2022 08:48
Last Modified:06 Jan 2022 08:50

Repository Staff Only: item control page