Program ‘Gap Year’ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) : pengalaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Abu Yazid Abu Bakar, and Othman A. Karim, (2021) Program ‘Gap Year’ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) : pengalaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jurnal Personalia Pelajar, 24 (1). pp. 23-28. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...

Abstract

Inisiatif program ‘Gap Year’ yang digerakkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mulai September 2017, dirancang diteruskan selepas penilaian semula dibuat terhadap aspek-aspek pelaksanaannya secara teliti menjelang penghujung tahun 2020. Natijahnya, selepas implimentasi program selama tiga tahun, keterlibatan semua 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di dalam setiap komponen program ini dinilai masih berada pada tahap sederhana dan rendah. Kajian keberkesanan yang telah dijalankan pihak KPT dan dibentang baru-baru ini kepada pihak pengurusan semua IPTA telah mendedahkan beberapa klasifikasi maklumat yang perlu diberi perhatian serius sebagai asas untuk menambah baik pelaksanaan program ini. Namun begitu, program yang dilancarkan khusus untuk memberi manfaat kepada golongan mahasiswa IPTA yang memerlukan ini, kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Artikel ini mengupas kerangka konsep pelaksanaan program, menganalisis data kajian keberkesanan yang dijalankan KPT, serta membincangkan hala tuju pelaksanaan program ini secara spesifik di UKM. Penulisan artikel ini disasar untuk berkongsi maklumat berkaitan program ‘Gap Year’ ini kepada seluruh warga mahasiswa UKM, dan semua Pusat Tanggungjawab (PTj) universiti yang berpotensi mengambil bahagian secara meluas dalam program ini pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:‘Gap Year’; IPTA; Mahasiswa; UKM
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:17844
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jan 2022 02:36
Last Modified:08 Jan 2022 11:08

Repository Staff Only: item control page