Masli Irwan Rosli, and Darman Nordin, and Mohd Shahbudin Mastar @ Masdar, and Noorhisham Tan Kofli, and Norliza Abd Rahman, and Nur Hidayatul Nazirah Kamarudin, and Siti Nurul Hunadia Husin, and Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, and Wan Nor Roslam Wan Isahak, (2021) Reka bentuk dan pembangunan modul STEM Kembara Sains : Chem-E-Car. Jurnal Personalia Pelajar, 24 (1). pp. 67-74. ISSN 0128-2735
|
PDF
4MB |
Official URL: http://www.ukm.my/personalia/publication-category/...
Abstract
Kemerosotan bilangan pelajar sekolah yang berminat untuk menceburi aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dilihat sebagai satu masalah yang perlu diatasi dalam kadar segera bagi memastikan hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju berjaya. Dengan itu, kajian ini ingin melihat tahap sambutan yang diberikan oleh pelajar sekolah menengah dengan aktiviti modul STEM Kembara Sains: Chem-E-Car (KEMia) bagi menarik minat pelajar terhadap aliran STEM. Modul STEM KEMia ini diasaskan daripada aktiviti kokurikulum mahasiswa dalam Program Kejuruteraan Kimia iaitu pertandingan Chem-E-Car. Modul STEM KEMia ini menggunakan konsep pertandingan yang memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk membangunkan sebuah model kereta yang digerakkan hasil tindak balas kimia. Modul STEM KEMia ini dilihat mampu menguji kemampuan dan daya kreativiti pelajar bersama mahasiswa Kejuruteraan Kimia yang menjadi fasilitator untuk menarik minat mereka kepada STEM. Modul ini juga berkonsepkan pembelajaran secara CDIO (Conceive, Design, Implement and Operate - Memikirkan, Mereka Bentuk, Melaksana dan Mengendalikan) dan pembentukan kemahiran insaniah di kalangan pelajar dan juga fasilitator. Kajian soal-selidik juga dijalankan untuk mendapatkan maklum balas pelajar terhadap program yang telah dilaksanakan. Secara keseluruhan, program ini memberi impak yang positif terhadap pelajar di sekolah seluruh Malaysia dengan sebanyak enam aktiviti program KEMia telah berjaya dijalankan di peringkat sekolah dan kajian maklum balas mendapati sekitar 86% pelajar mendapati program ini menarik.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | STEM; Chem-E-Car; Pendidikan kejuruteraan |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 17848 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 06 Jan 2022 03:11 |
Last Modified: | 08 Jan 2022 11:12 |
Repository Staff Only: item control page