Faktor-faktor kontekstual yang mempengaruhi amalan kitar semula penjawat awam negeri Melaka

Nor Fazilah Abdul Hamid, and Mashitoh Yaacob, and Nor Azilah Ahmad, and Zubaidah Mohd Nasir, and Nadzirah Rosli, (2021) Faktor-faktor kontekstual yang mempengaruhi amalan kitar semula penjawat awam negeri Melaka. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22 . pp. 86-103. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
288kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438

Abstract

Kebersihan merupakan salah satu aspek yang penting untuk menjadikan negara Malaysia setaraf dengan negara maju. Selain daripada komuniti, penjawat awam juga dilihat mempunyai peranan yang besar untuk memelihara kebersihan persekitaran di tempat kerja melalui penjimatan perbelanjaan bagi urus tadbir negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tujuh faktor kontekstual yang mempengaruhi amalan kitar semula dalam kalangan penjawat awam di negeri Melaka. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik manakala data kualitatif adalah melalui temu bual bagi menyokong data kuantitatif. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan bertujuan ke atas 365 orang penjawat awam kerajaan negeri Melaka. Dapatan kajian kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 20. Dapatan kajian menunjukkan faktor kontekstual pengetahuan terhadap amalan kitar semula dalam kalangan penjawat awam kerajaan negeri Melaka adalah tinggi (M=4.41; SP=0.65) diikuti dengan menjaga alam sekitar (M=4.29; SP=0.66), pengasingan sisa pepejal (M=3.75; SP=0.69), kempen kitar semula (M=3.71; SP=0.70), menjana pendapatan sampingan (M=3.59; SP=0.70), pengaruh sosial (M=3.50; SP=0.67) manakala faktor kontekstual kemudahan kitar semula (M=3.35; SP=0.91) adalah yang paling rendah. Penemuan hasil kajian ini dapat membantu organisasi dan jabatan untuk mempelbagaikan promosi, kempen dan aktiviti kitar semula bagi mendorong penjawat awam mengamalkan kitar semula dalam konteks yang lebih luas lagi.

Item Type:Article
Keywords:Sisa pepejal; Faktor kontekstual kitar semula; Amalan kitar semula; Pejabat; Penjawat awam
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:17869
Deposited By: ms aida -
Deposited On:06 Jan 2022 08:42
Last Modified:08 Jan 2022 12:40

Repository Staff Only: item control page