Prospek Lembah Klang ke arah bandar rendah karbon

Nurizatul Ain Zahari, and Raja Muhammad Zuha Raja Kamal Bashah, and Loong, Chuen Lee and Muhammad Hasamizi Mustapa, and Hukil Sino, (2021) Prospek Lembah Klang ke arah bandar rendah karbon. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22 . pp. 163-179. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
439kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438

Abstract

Matlamat pengurangan emisi karbon global sebanyak 50% menjelang tahun 2050 memerlukan penyertaan daripada pelbagai komponen masyarakat. Kajian telah dijalankan untuk meneroka prospek kawasan Lembah Klang ke arah Bandaraya Rendah Karbon (BRK) dari dimensi persepsi, tahap kesediaan dan limitasi penyertaan masyarakat. Kawasan Lembah Klang telah dipilih sebagai kawasan penelitian kajian kerana ia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan sektor ekonomi yang berkembang pesat. Kajian telah dijalankan secara kualitatif menggunakan instrumen temubual semi-struktur mendalam dan data yang diperoleh telah dianalisa secara analisa tema. 8 tema telah ditemui dalam kajian ini iaitu tema definisi, kriteria dan sumber emisi karbon di bawah dimensi persepsi; tema amalan dan kesedaran di bawah dimensi kesediaan masyarakat; dan tema insentif, politik dan hebahan di bawah dimensi limitasi penyertaan masyarakat. Semua tema yang ditemui dalam kajian ini menegaskan tentang keperluan mengubah gaya hidup kepada penjimatan tenaga dalam aktiviti harian tanpa mengurangkan keselesaan hidup. Maka secara prinsipnya, penyelidik merumuskan bahawa prospek kawasan Lembah Klang untuk mencapai bandar rendah karbon dari dimensi persepsi, kesediaan dan limitasi penyertaan masyarakat pada masa akan datang adalah sangat berpotensi.

Item Type:Article
Keywords:Bandar rendah karbon; Persepsi; Kesediaan; Limitasi; Masyarakat
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:17875
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jan 2022 00:20
Last Modified:08 Jan 2022 12:47

Repository Staff Only: item control page