Syaimak Ismail, and Mohamad Saupi Ismail, and Muhammad Saiful Islam Ismail, and Aemy Aziz, (2021) Biodiversiti dan pemuliharaan terumbu karang di tiga buah pulau, Melaka. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22 . pp. 180-197. ISSN 1511-8393
|
PDF
17MB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438
Abstract
Di negeri Melaka terdapat lapan belas pulau yang direkodkan oleh Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM). Sebahagian daripada pulau ini berperanan sebagai pulau pelancongan, pulau yang dibangunkan ada juga pulau yang tidak didiami. Walaubagaimanapun, terdapat tiga buah pulau yang direkodkan mempunyai terumbu karang istimewa yang masih berada dalam keadaan yang baik. Sehubungan itu, pihak Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung Pulau Pinang (AkuaTAR) telah menjalankan kajian biodiversiti terumbu karang di sekitar perairan Pulau Dodol, Pulau Serimbun dan Pulau Undan menggunakan kaedah selaman skuba selain turut menjalankan pemuliharaan ke atas terumbu karang yang telah dikenalpasti di perairan selat Melaka itu. Objektif kajian ini adalah untuk merekodkan jenis komuniti bentuk seperti karang hidup selain mengenalpasti spesies terumbu karang yang terdapat di tiga buah pulau di negeri Melaka iaitu Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Serimbun. Kajian ini juga mengimplementasikan metod pemerhatian dengan menjalankan kajian lapangan di pulau yang terlibat dengan melakukan selaman skuba. Hasil dan perbincangan mendapati, ketiga-tiga pulau ini mempunyai kawasan perairan yang sangat bersih, tidak didiami serta memiliki pelbagai biodiversiti batu karang yang terdiri daripada terumbu karang lembut dan terumbu karang keras. Kajian ini juga mendapati ketiga-tiga pulau di negeri ini mempunyai terumbu karang yang terbesar di perairan selat Melaka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Biodiversiti; Pemuliharaan; Terumbu karang; Tiga pulau; Melaka |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 17876 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Jan 2022 00:24 |
Last Modified: | 08 Jan 2022 12:47 |
Repository Staff Only: item control page