Persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis

Muhammad Alee Song, and Nur Hatiqah Wakanan, and Lydiawati Wakanan, (2021) Persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22 . pp. 238-245. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
202kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438

Abstract

Sistem Pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya terutama memiliki keupayaan literasi (kemahiran membaca dan menulis). Sehubungan itu, setiap murid perlulah menguasai bahasa Melayu agar sejajar dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Menulis dan membaca merupakan suatu elemen yang penting dalam perkembangan murid merujuk DSKP bahasa Melayu. Elemen ini dapat dikenalpasti melalui capaian yang mudah dari prestasi keputusan yang meningkat hasil daripada proses pembelajaran yang teratur, sistematik dan berterusan. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis di sebuah sekolah di Puchong. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dengan melibatkan seramai 3 orang guru dengan kaedah temu bual berstruktur. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa mereka mempunyai sikap yang positif terhadap gaya pembelajaran VAK dan mengaplikasikan dalam PdPc kelas peralihan. Pemilihan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan murid juga penting dalam mengoptimumkan keberkesanan proses membaca dan menulis.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi guru; Gaya pembelajaran VAK; Pelajar peralihan; Membaca dan menulis
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:17880
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jan 2022 00:47
Last Modified:08 Jan 2022 12:51

Repository Staff Only: item control page