Upin dan Ipin : jerebu dalam animasi

Maharam Mamat, and Maisarah Yaacob, (2021) Upin dan Ipin : jerebu dalam animasi. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22 . pp. 246-261. ISSN 1511-8393

[img]
Preview
PDF
263kB

Official URL: https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438

Abstract

Jerebu berlaku secara semulajadi dan disebabkan aktiviti antropogenik yang tidak terkawal. Kejadian jerebu yang teruk sering dikaitkan dengan pencemaran udara daripada pelbagai aktiviti seperti perindustrian, pertanian, penerokaan kawasan hutan dan pelepasan asap daripada kenderaan bermotor. Aerikel ini menganalisis faktor, kesan dan cara mengurangkan impak jerebu yang terdapat dalam siri animasi Upin dan Ipin episod 10 musim ketujuh bertajuk ‘Bahaya Jerebu’. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kepustakaan melibatkan bahan rujukan seperti artikel jurnal, tesis dan artikel penulisan lain. Hasil kajian ini mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian jerebu dalam animasi Upin dan Ipin iaitu pembakaran terbuka, kaebakaran hutan dan pembebasan asap kenderaan bermotor. Jerebu didapati memberi impak kepada kesihatan, psikologi, ekonomi dan sosial. Animasi ini mencadangkan beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi meminimumkan bahaya jerebu iaitu melalui pemakaian topeng muka, mengehadkan aktiviti di luar rumah, menanam sampah bagi mengelakkan pembakaran terbuka dan pembenihan awan. Kesimpulannya, siri animasi kanak-kanak seperti Upin dan Ipin berupaya menyampaikan pelbagai masej berguna dan memberi impak kepada khalayak sasaran.

Item Type:Article
Keywords:Animasi Upin dan Ipin; Jerebu; Pembakaran terbuka; Impak jerebu; Bahaya jerebu
Journal:MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara
ID Code:17881
Deposited By: ms aida -
Deposited On:07 Jan 2022 00:53
Last Modified:08 Jan 2022 12:51

Repository Staff Only: item control page