Azlan Ahmad, and Amirul Mukminin Mohamad, and Noorhazila Mohd Hamid, (2021) Kajian persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian bagi kursus penulisan pantun kreatif. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22 . pp. 278-289. ISSN 1511-8393
|
PDF
280kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438
Abstract
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian menjadi satu kelaziman baharu yang berlaku di mana-mana tempat termasuklah di Malaysia. Proses menuntut ilmu yang sebelum ini secara bertatap muka dengan guru atau pensyarah, kini hanya di skrin komputer atau telefon pintar masing-masing. Perubahan ini berlaku disebabkan oleh penularan wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini dan pastinya perubahan yang berlaku secara tiba-tiba ini memberi kesan terhadap proses PdP yang berlangsung. Kajian ini bertujuan melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan proses PdP secara dalam talian bagi kursus Penulisan Pantun Kreatif. Responden penelitian ini melibatkan lebih kurang 60 orang pelajar yang mendaftar kursus ini pada Semester II Sesi Akademik 2020-2021. Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan data kajian yang juga merupakan instumen utama kajian. Fokus utama penyelidikan ini adalah untuk melihat keberkesanan proses PdP kursus ini yang dijalankan secara dalam talian terutama dari segi input yang dicapai oleh pelajar setelah mengikuti kursus berbentuk kemahiran ini. Dapatan penelitian ini adalah penting untuk melihat kelemahan sekiranya ada terhadap pelaksanaan PdP kursus Penulisan Pantun Kreatif secara dalam talian dan langkah susulan yang perlu diambil untuk membaiki kelemahan yang berlaku. Hasil daripada kajian ini juga penting untuk dijadikan panduan dalam melestarikan kursus kemahiran ini pada masa-masa akan datang seandainya proses PdP ini masih dijalankan secara dalam talian.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian; Pandemik covid-19; Penulisan pantun |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 17883 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Jan 2022 01:05 |
Last Modified: | 08 Jan 2022 12:53 |
Repository Staff Only: item control page