Rosnani Ibrahim, and Muammar Ghaddafi Hanafiah, and Shaifu Bahri Md. Radzi, (2021) Syair Diraja Melayu Perak-Johor era kontemporari : satu perbandingan kepengarangan. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 22 . pp. 290-307. ISSN 1511-8393
|
PDF
467kB |
Official URL: https://ejournals.ukm.my/malim/issue/view/1438
Abstract
Abad ke-16 hingga penghujung abad ke-19, penceritaan dan pujian terhadap sultan menjadi idea kepengarangan. Penceritaan dan pujian ini disampaikan dengan menjadikan syair sebagai wadahnya. Syair terakhir yang merakamkan sejarah golongan Diraja ini ialah Syair Riwayat Yang Amat Mulia Tengku Ampuan Besar Pahang (1953). Walau bagaimanapun, kepengarangan sedemikian kurang digunakan apabila berkembangnya sastera moden. Kuasa Barat membawa kepelbagaian bentuk dan genre baharu dalam pengkaryaan. Setelah 56 tahun berlalu, muncul dua karya, Syair Sultan Azlan Shah Berjiwa Rakyat (2009), Mohd Ibrahim bin Said dan Syair DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (2018) oleh Maskiah binti Masrom pada era kontemporari ini. Raja dan sultan menjadi objek penceritaan dalam kedua-dua karya ini. Persoalannya, apakah skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan mereka? Skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan yang digunakan kedua-dua penulis dalam mempersembahkan penceritaan berhubung raja-raja mereka. Kedua-dua teks syair DiRaja ini dijadikan sampel kajian. Kaedah kaji banding diaplikasi untuk meneliti kepengarangan mereka dalam mempersembah idea rakaman sejarah DiRaja pada era kontemporari. Kaedah kajian secara intrinsik terhadap sampel kajian juga turut digunakan. Dapatan kajian menemukan biografi raja menjadi skop atau kriteria yang menjadi idea kepengarangan kedua-dua penulis dalam menjulang dan memartabatkan rajanya.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kritikan sastera; Kaji banding; Kepengarangan; Syair DiRaja; Syair kontemporari |
Journal: | MALIM ; Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara |
ID Code: | 17884 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 07 Jan 2022 01:11 |
Last Modified: | 08 Jan 2022 12:54 |
Repository Staff Only: item control page