Analisis kata hubung pancangan dalam penulisan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama oleh pelajar Melayu tingkatan satu berdasarkan teori analisis kesalahan Corder

Noraishah Sakilah Kamat, and Nur Farahkhanna Mohd Rusli, and Norfaizah Mohd Jabar, and Aireen Aina Bahari, (2021) Analisis kata hubung pancangan dalam penulisan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama oleh pelajar Melayu tingkatan satu berdasarkan teori analisis kesalahan Corder. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (2). pp. 1-14. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
903kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Makalah ini bertujuan menjelaskan kata hubung pancangan dalam penulisan pelajar berdasarkan teori analisis kesalahan Corder (1973). Data kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan kaedah pemerhatian dengan menggunakan alat kajian iaitu sampel teks penulisan pelajar. Responden kajian terdiri daripada 20 orang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah luar bandar di Segamat, Johor. Dapatan kajian menunjukkan kesalahan penggunaan kata hubung pancangan berlaku disebabkan empat faktor iaitu, (i) kesalahan atau ketidakjelasan struktur ayat, (ii) penggunaan kata hubung yang tidak tepat, (iii) ketiadaan penggunaan tanda baca dan (iv) kesalahan pemilihan kosa kata. Hasil kajian juga menunjukkan pembinaan ayat majmuk pancangan keterangan mencatat kekerapan kesalahan tertinggi diikuti dengan pembinaan ayat majmuk pancangan relatif dan pembinaan ayat majmuk pancangan komplemen. Berdasarkan analisis teori Corder (1973), kesalahan yang berlaku adalah disebabkan oleh empat faktor, iaitu (i) pengguguran unsur-unsur yang perlu, (ii) penambahan unsur yang tidak perlu atau tidak tepat, (iii) pemilihan unsur yang tidak tepat, dan (iv) penyusunan unsur yang salah. Dari segi implikasi, kajian ini menyalurkan pengetahuan yang akan dapat meningkatkan pemahaman penggunaan ayat majmuk pancangan dalam penulisan oleh pelajar, sekali gus mengelak kesalahan tatabahasa, khususnya pembinaan ayat daripada berterusan.

Item Type:Article
Keywords:Kata hubung pancangan; Ayat majmuk pancangan; Penulisan; Pelajar; Teori Corder
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:17912
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2022 07:45
Last Modified:13 Jan 2022 01:40

Repository Staff Only: item control page