Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran komsas dalam bahasa Melayu di sekolah menengah

Chew, Fong Peng and Siti Syahirah Yusof, (2021) Pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran komsas dalam bahasa Melayu di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (2). pp. 15-25. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
741kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Program i-Think diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang perlu ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di dalam kelas bagi melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam meramal, merumus, berfikiran kreatif dan kritis membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mempelajari pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran KOMSAS. Kajian ini melibatkan 243 orang pelajar tingkatan 2 di tiga buah sekolah menengah di tiga zon yang berbeza. Dalam kajian ini pengkaji meggunakan instrumen soal selidik dengan lima skala Likert bagi tujuan mengumpul data. Analisis deskriptif mendapati pengetahuan (min = 4.05), sikap (min = 4.18) dan kesediaan (min = 4.04) pelajar terhadap peta pemikiran i-Think berada pada tahap tinggi. Ujian-t mendapati terdapat perbezaan pengetahuan, sikap dan kesediaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap peta pemikiran i-Think dalam pembelajaran KOMSAS Bahasa Melayu, iaitu pelajar perempuan menunjukkan tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan yang lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Analisis menunjukkan kecenderungan pelajar yang berbeza untuk mempelajari KOMSAS dengan lebih mendalam. Oleh itu, diharapkan guru dapat mencipta suasana pembelajaran yang lebih kondusif menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah. Hal ini supaya dapat meningkatkan minat pelajar mempelajari KOMSAS.

Item Type:Article
Keywords:Pengetahuan; Sikap; Kesediaan; i-Think; KOMSAS
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:17913
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2022 07:50
Last Modified:13 Jan 2022 01:47

Repository Staff Only: item control page