Persepsi bakal guru terhadap kerjaya, peranan dan beban tugas profesion perguruan masa kini

Nur Hidayah Hisham, and Norfaizah Abdul Jobar, and Abdul Rasid Jamian, (2021) Persepsi bakal guru terhadap kerjaya, peranan dan beban tugas profesion perguruan masa kini. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (2). pp. 26-38. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
650kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi bakal guru terhadap kerjaya sebagai guru; mengenal pasti persepsi bakal guru terhadap peranan sebagai guru; dan mengenal pasti persepsi bakal guru terhadap beban tugas sebagai guru. Seramai 95 orang pelajar UPSI yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang Pendidikan Bahasa Melayu dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Kajian ini dilaksanakan dengan berpandukan Teori Aktiviti Budaya dan Sejarah. Instrumen yang digunakan untuk menyelesaikan kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik yang disediakan terbahagi kepada tiga aspek, iaitu kerjaya, peranan dan beban tugas. Data soal selidik dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Keputusan kajian ini mendapati bahawa pelajar sangat positif terhadap profesion perguruan. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan responden mempunyai pengetahuan berkenaan kerjaya, peranan dan beban tugas profesion perguruan pada masa kini. Kajian ini dapat memberi gambaran umum kepada pembaca berkenaan persepsi bakal guru yang akan menceburi bidang pendidikan pada masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Persepsi; Bakal guru; Profesion perguruan; Peranan; Beban tugas
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:17914
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2022 07:56
Last Modified:13 Jan 2022 01:48

Repository Staff Only: item control page