Strategi pengajaran dalam talian yang digunakan oleh guru bahasa Melayu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid sekolah rendah

Intan Nur Syuhada Hamzah, and Zamri Mahamod, (2021) Strategi pengajaran dalam talian yang digunakan oleh guru bahasa Melayu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (2). pp. 54-67. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
291kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran dalam talian merupakan satu norma baharu dalam sistem pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka strategi pengajaran yang digunakan oleh guru Bahasa Melayu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-murid ketika mengajar secara dalam talian. Seramai tiga orang guru Bahasa Melayu yang berpengalaman mengajar dijadikan peserta kajian. Ketiga-tiga peserta kajian ialah guru berpengalaman, mengajar secara dalam talian dan sukarela untuk ditemu bual. Guru-guru Bahasa Melayu ini mengajar pada Tahap 2 di tiga buah sekolah rendah berbeza di daerah Pekan, Pahang. Data temu bual secara naratif berdasarkan tema-tema yang ditemui. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru Bahasa Melayu kerap mengaplikasikan strategi berpusatkan bahan dan aktiviti dalam kemahiran membaca ketika mengajar secara dalam talian. Dua strategi pengajaran ini mempengaruhi strategi pengajaran guru Bahasa Melayu dalam meningkatkan kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah dalam pembelajaran secara dalam talian. Implikasi kajian ini ialah pembelajaran dalam talian boleh membantu meningkatkan kemahiran membaca murid-murid sekolah rendah.

Item Type:Article
Keywords:Strategi pengajaran; Pembelajaran dalam talian; Kemahiran membaca; Kemahiran menulis; Sekolah rendah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:17916
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2022 08:07
Last Modified:13 Jan 2022 01:51

Repository Staff Only: item control page