Merungkai makna sajak “Istimewanya Kita” : pengaplikasian semantik inkuisitif dalam kalangan murid Tahun Empat

George Romiko Bujang, and Mary Fatimah Subet, (2021) Merungkai makna sajak “Istimewanya Kita” : pengaplikasian semantik inkuisitif dalam kalangan murid Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (2). pp. 68-79. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
710kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan makna sebenar bahan seni bahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 melalui analisis Semantik Inquisitif (SI) yang diperkenalkan oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014). Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif. Kaedah analisis teks ke atas bahan seni bahasa yang diekstrak dari Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 4 dijalankan termasuk pemerhatian ke atas 10 murid Tahun 4 sebagai responden kajian ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa bahan seni bahasa seperti puisi boleh menimbulkan persoalan yang boleh dikaitkan dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid. Selain itu, kajian ini mendapati makna tersirat yang dihajati dapat dirungkai oleh murid apabila analisis satu persatu pendekatan semantik inkuisitif dilakukan, bermula dengan analisis semantik skrip, semantik resonans dan seterusnya semantik inkuisitif. Pengaplikasian Teori Relevans yang diasaskan oleh Sperber dan Wilson (1986, 1995) pada tahap kedua analisis semantik resonans menunjukkan bahawa subjek Bahasa Melayu boleh digabungkan dengan pelbagai disiplin yang lain. Oleh itu, pembelajaran subjek ini menjadi lebih menarik dan bersifat multidisiplin. Kajian ini diharap dapat memberi pendekatan baharu kepada pendidik, terutamanya guru-guru Bahasa Melayu di peringkat pendidikan rendah untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih mencabar dan menyeronokkan bagi memastikan impak pembelajaran yang lebih baik dan bermakna kepada murid.

Item Type:Article
Keywords:Seni bahasa; Semantik inkuisitif; Teori Relevans; Bahasa figuratif; KBAT
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:17917
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2022 08:11
Last Modified:13 Jan 2022 01:55

Repository Staff Only: item control page