Keberkesanan strategi pembelajaran peribahasa bahasa Melayu menggunakan bahan multimodal

Shaline Sanmugam, and Alizah Lambri, (2021) Keberkesanan strategi pembelajaran peribahasa bahasa Melayu menggunakan bahan multimodal. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (2). pp. 80-87. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
650kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan peribahasa di sekolah menggunakan bahan multimodal. Bahan multimodal dalam kajian dimaksudkan sebagai penggunaan elemen visual, auditori dan kinestetik dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasa bahasa Melayu. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes. Tiga teknik pengumpulan data telah digunakan, iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Tiga orang guru Bahasa Melayu sekolah menengah terlibat sebagai peserta kajian utama, manakala murid di dalam kelas mereka turut dijadikan sebagai informan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua strategi yang digunakan oleh guru untuk mengajar peribahasa bahasa Melayu iaitu strategi berpusatkan guru dan strategi berpusatkan murid menggunakan bahan multimodal. Pendekatan PdP yang kerap digunakan oleh guru ialah pendekatan belajar sambil bermain dengan menggunakan bahan multimodal seperti bahan visual, auditori dan kinestetik. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan bahan multimodal dalam PdP peribahasa bahasa Melayu dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif, menarik minat murid, mendorong murid untuk lebih fokus, berfikiran terbuka, kreatif, kritis dalam menyelesaikan masalah dan turut meningkatkan prestasi murid dalam menguasai peribahasa di dalam kelas. Kajian ini memberi implikasi terhadap pembelajaran murid, iaitu dapat mempengaruhi sikap, motivasi dan pencapaian mereka dalam pembelajaran bahasa Melayu, khususnya dalam aspek peribahasa, serta dapat mendorong guru bahasa Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka di sekolah bersesuaian dengan teknik PdP abad ke-21.

Item Type:Article
Keywords:Strategi; Peribahasa bahasa Melayu; Pengajaran dan pembelajaran; Bahan multimodal
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:17918
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2022 08:16
Last Modified:13 Jan 2022 01:56

Repository Staff Only: item control page