Analisis gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Cina di universiti swasta dalam subjek bahasa kebangsaan A berdasarkan model Grasha-Riechmann yang diperluas

Jaya Mathy Subramaniam, and Zulkifli Osman, and Anida Sarudin, and Husna Faredza Mohamed Redzwan, (2021) Analisis gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar Cina di universiti swasta dalam subjek bahasa kebangsaan A berdasarkan model Grasha-Riechmann yang diperluas. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (2). pp. 88-97. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
669kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan bagi subjek Bahasa Kebangsaan A berdasarkan gaya pembelajaran Grasha-Riechmann (1996) yang diperluas di Universiti Swasta. Kajian kuantitatif ini dijalankan berdasarkan gaya pembelajaran pelajar diperluas yang menglibatkan lapan jenis elemen gaya pembelajaran, iaitu gaya pembelajaran berdikari, penghindaran, bekerjasama, bergantung, persaingan, penyertaan, pengalaman dan pemerhatian. Seramai 242 orang pelajar berbangsa Cina yang mengikuti kursus Bahasa Kebangsaan A di IPTS dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik bagi memperoleh data daripada responden. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya pembelajaran paling dominan diamalkan oleh pelajar dalam proses pembelajaran Bahasa Kebangsaan A ialah gaya pembelajaran bekerjasama, diikuti oleh berdikari, penyertaan, bergantung, pemerhatian, pengalaman, persaingan dan yang paling terendah sekali ialah penghindaran. Hasil kajian mengikut jantina pula mendapati bahawa gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan dalam kalangan pelajar lelaki adalah gaya pembelajaran bekerjasama (M=3.753, SP=0.55564) manakala gaya pembelajaran pelajar yang paling dominan dalam kalangan pelajar perempuan adalah gaya pembelajaran penyertaan (M=3.6887, SP=0.47636). Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa pensyarah perlu memberi penekanan terhadap gaya pembelajaran bekerjasama dalam kalangan pelajar kerana gaya ini merupakan gaya pembelajaran yang paling dominan dalam kalangan pelajar IPTS ketika mempelajari Bahasa Kebangsaan A.

Item Type:Article
Keywords:Model Grasha-Riechmann; Gaya pembelajaran pelajar; Gaya pembelajaran dominan; Pencapaian akademik; Bahasa Kebangsaan A
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:17919
Deposited By: ms aida -
Deposited On:10 Jan 2022 08:21
Last Modified:13 Jan 2022 01:57

Repository Staff Only: item control page