Pandemik Covid-19 : kesan terhadap gelagat pengurusan perbelanjaan semasa masyarakat Malaysia

Norazila Mat, and Muhammad Farhan Misron, and Nur Atiqah Abdullah, and Jamsari Alias, (2021) Pandemik Covid-19 : kesan terhadap gelagat pengurusan perbelanjaan semasa masyarakat Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 24 (2). pp. 141-150. ISSN 0128-2735

[img]
Preview
PDF
701kB

Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...

Abstract

Pandemik Covid-19 di Malaysia memberikan pelbagai impak dalam kehidupan seharian masyarakat. Pandemik yang menular ini secara tidak langsung telah menjejaskan pelbagai sektor dari sudut kesihatan, keselamatan, ekonomi dan sosial. Banyak kajian telah dilakukan ke atas kesan kesihatan masyarakat, namun kajian mengenai tingkah laku berbelanja dalam kalangan masyarakat masih kurang dikaji. Artikel ini ingin memahami gelagat pengurusan perbelanjaan semasa masyarakat Malaysia semasa pandemik Covid-19. Kajian ini melihat perbezaan pendapatan dan status pekerjaan masyarakat serta gaya mereka berbelanja. Data kajian diperolehi dari soal selidik terhadap 100 responden dari golongan bekerjaya yang berusia antara 19 hingga 60 tahun mengunakan Google Form. Data-data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis menggunakan versi 22 Pakej Perisian untuk Sains Sosial (SPSS). Dapatan kajian mendapati kesan ke atas gaya perbelanjaan menjurus ke arah tumpuan keperluan melebihi kehendak namun perbezaan dalam sektor pekerjaan gelagat pengurusan perbelanjaan dalam kalangan responden semasa Pandemik Covid-19 adalah menarik untuk diteliti dan difahami.

Item Type:Article
Keywords:Pandemik Covid-19; Gelagat pengurusan perbelanjaan; Masyarakat Malaysia
Journal:Jurnal Personalia Pelajar
ID Code:17922
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 00:20
Last Modified:13 Jan 2022 03:17

Repository Staff Only: item control page