Che Muhammad Amir Che Awang, and Noor Alaudin Abdul Wahab, and Nashrah Maamor, and Rafidah Mazlan, (2021) Sikap terhadap penggunaan alat pelindung pendengaran dalam kalangan pelajar Prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia Pelajar, 24 (2). pp. 167-179. ISSN 0128-2735
|
PDF
722kB |
Official URL: https://www.ukm.my/personalia/publication-category...
Abstract
Penggunaan alat pelindung pendengaran adalah salah satu cara yang efisien untuk melindungi pendengaran seseorang dari kerosakan akibat bunyi yang kuat. Kajian mengenai sikap kumpulan dewasa awal, terutamanya dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia terhadap penggunaan alat pelindung pendengaran adalah terhad. Sehubungan itu, seramai 134 orang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah terlibat di dalam kajian soal-selidik ini secara dalam talian. Soalan soal-selidik berkaitan penggunaan alat pelindung pendengaran versi Bahasa Inggeris telah melalui proses terjemahan kehadapan dan kebelakang untuk menghasilkan versi Bahasa Melayu. Hasil kajian mendapati penggunaan alat pelindung pendengaran di tempat yang memainkan muzik dengan kuat adalah rendah iaitu sebanyak 11.9% daripada keseluruhan responden. Hubungan antara faktor sosiodemografi dengan penggunaan alat pelindung pendengaran adalah tidak signifikan (p>0.05). Oleh itu, tidak terdapat hubungan antara faktor sosiodemografi (jantina dan bidang akademik) dengan penggunaan alat pelindung pendengaran. Penemuan kajian ini memberi implikasi bahawa pendedahan terhadap kepentingan penggunaan alat pelindung pendengaran perlu dikembangkan secara lebih meluas untuk meningkatkan penggunaan alat tersebut di tempat yang terdapat bunyi-bunyi yang kuat sebagai langkah untuk mengurangkan risiko masalah hilang pendengaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Alat pelindung pendengaran; Sikap; Dewasa awal; Hilang pendengaran; Bunyi kuat |
Journal: | Jurnal Personalia Pelajar |
ID Code: | 17925 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jan 2022 00:57 |
Last Modified: | 13 Jan 2022 03:20 |
Repository Staff Only: item control page