Persepsi klien terhadap hubungan antara ciri kualiti audit dan jenama firma audit

Nurul Nasyuha Hashim, and Intan Maiza Abd Rahman, and Mohd Mohid Rahmat, (2021) Persepsi klien terhadap hubungan antara ciri kualiti audit dan jenama firma audit. Asian Journal of Accounting and Governance, 16 . pp. 9-21. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
352kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1432

Abstract

Objektif kajian adalah untuk mengkaji persepsi pelanggan terhadap hubungan antara dua atribut kualiti audit iaitu kecekapan dan kebebasan dan jenama firma audit. Kecekapan dan kebebasan kualiti audit dipecahkan kepada firma audit dan pasukan audit. Data kajian diperolehi menerusi soal selidik yang dihantar kepada syarikat tersenarai dan tidak tersenarai di Bursa Malaysia. Sebanyak 74 soal selidik yang telah dikembalikan dianalisis menggunakan kaedah regresi berganda. Hasil kajian menunjukkan atribut kecekapan firma audit dan kebebasan pasukan audit mempunyai hubungan yang positif dan signifikan terhadap jenama firma. Manakala kebebasan firma audit dan kecekapan pasukan audit tidak mempunyai hubungan dengan jenama firma. Dapatan kajian ini menyumbang dalam memahami tanggapan pelanggan terhadap kualiti audit samada firma audit atau pasukan audit mempunyai kaitan terhadap jenama mereka, termasuk firma audit Big 4. Pembuat dasar sewajarnya mengambilkira penemuan ini dalam menentukan sebarang bentuk polisi dan peraturan terhadap pengamal profesion pengauditan, khususnya di negara membangun seperti Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti audit; Persepsi; Firma audit; Pasukan audit; Jenama; Big 4
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:17927
Deposited By: ms aida -
Deposited On:11 Jan 2022 01:22
Last Modified:13 Jan 2022 03:27

Repository Staff Only: item control page