Sharifah Huda Syed Ibrahim, and Humaida Banu Samsudin, (2021) Pemodelan ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia. Journal of Quality Measurement and Analysis, 17 (2). pp. 9-17. ISSN 1823-5670
|
PDF
173kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jqma/current/
Abstract
Peramalan jumlah ketibaan pelancong adalah penting bagi memberi gambaran prestasi sektor pelancongan yang tepat bagi tahun-tahun akan datang. Ramalan tersebut dapat membantu pihak berkepentingan membuat keputusan strategik seperti pelaburan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Langkah strategik ini mampu memberi impak negatif atau positif bergantung kepada ketepatan nilai ramalan yang diperolehi. Kajian ini bertujuan untuk memilih model terbaik untuk peramalan jumlah ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia menggunakan data bulanan dari Januari 2000 hingga Disember 2019. Dua kaedah digunakan iaitu Autoregresi Purata Bergerak Bersepadu Bermusim (SARIMA) dan Analisis Spektrum Tunggal (SSA). Ketepatan ramalan bagi data dalam dan luar sampel diuji dengan nilai RMSE, MAE dan MAPE. Model terbaik dipilih berdasarkan prestasi ramalan iaitu model yang mempunyai nilai paling kecil bagi ketiga-tiga pengukur ralat yang digunakan. Kajian menunjukkan data siri masa yang di analisis mempunyai trend linear dan komponen bermusim. Selain itu, kajian juga menunjukkan model ARIMA (3,1,3)(2,0,0)[12] menghasilkan nilai RMSE, MAE, dan MAPE yang paling kecil bagi peramalan data luar sampel. Model ARIMA (3,1,3)(2,0,0)[12] dan SSA (24,14) mempunyai nilai MAPE lebih kecil daripada 10%, maka kedua-dua model ini adalah dalam kategori ramalan yang sangat tepat dan boleh digunakan bagi peramalan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Peramalan; Pelancongan; SARIMA; SSA |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 17934 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 11 Jan 2022 02:23 |
Last Modified: | 13 Jan 2022 03:46 |
Repository Staff Only: item control page